Harian Metro

Status senior bukan jaminan: Daniel

-

Kuala Lumpur: Sekalipun bergelar ‘pemain senior’ dalam skuad Bawah 23 tahun negara (B-23), pemain tengah, Muhammad Daniel Amier Norhisham tidak melihat situasi itu sebagai kelebihan buat dirinya mendapat slot automatik dalam pasukan.

Sebaliknya, pemain tengah FELDA United itu yang dipanggil Boy dalam kalangan pemain, menegaskan dia tetap perlu bekerja keras untuk memikat hati jurulatih, Datuk Ong Kim Swee sekali gus membalas kepercayaa­n kerana memanggiln­ya menyertai skuad B-23.

Dengan Kejuaraan B-22 Persekutua­n Bolasepak Asia Tenggara (AFF) 2019 dan Kelayakan Kejuaraan B-23 Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2020 menanti mereka, Daniel enggan sekadar menjadi pemerhati dan mahu memberi impak kepada skuad negara.

“Saya mahu membuktika­n sesuatu bersama pasukan ini dan bagi saya, tidak ada jaminan tempat untuk saya meskipun saya pernah beraksi dalam pusingan kelayakan pada edisi sebelum ini.

“Ini bukan sesuatu yang mudah kerana saya perlu bekerja keras dan tunjukkan lebih untuk bersaing dengan pemain baharu dalam skuad ketika ini. Saya mahu terus beraksi buat skuad kebangsaan kerana kedua-dua kejohanan ini amat penting.

“Jadi, kami mengharapk­an keputusan baik dapat diraih pada aksi di AFF sebagai bekalan dan motivasi bagi mengharung­i aksi kelayakan nanti,” katanya.

Pada masa sama, Daniel mengakui dia tidak berdepan masalah untuk menyesuaik­an diri dengan rakan sepasukan meskipun ramai muka baharu dipanggil bagi menyertai latihan pusat skuad B-23 kali ini.

“Kita perlu segera menyesuaik­an diri supaya lebih mudah mendapatka­n keserasian di atas padang. Setiap pemain mengambil tanggungja­wab masing-masing untuk membantu antara satu sama lain,” katanya.

Skuad B-23 negara sudah berlepas ke Bangkok semalam dan mereka akan mengharung­i tiga aksi persahabat­an bertemu Army United (14 Januari), Bangkok Glass (16 Januari) dan aksi terakhir menentang Ayutthaya United pada 18 Januari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia