Harian Metro

‘Kami bukan makan angin’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

 Kim Swee mahu bentuk keserasian pemain sepanjang aksi persahabat­an di Bangkok

Pengendali skuad Bawah 22 tahun negara (B-23), Datuk Ong Kim Swee bakal menggunaka­n sepenuhnya setiap minit dalam tiga aksi persahabat­an di Bangkok bagi membentuk pasukan terbaik sebagai persiapan ke dua temasya terbesar selepas ini.

Dengan Kejuaraan B-22 Persekutua­n Bolasepak Asia Tenggara (AFF) 2019 dan Kelayakan Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2020 menanti mereka, kelibat pemain dengan prestasi terbaik begitu ditagih supaya mereka dapat memberi saingan dalam dua pertanding­an terbabit.

“Menerusi aksi persahabat­an menentang MIFA semalam (kelmarin), saya dapat menguji beberapa kombinasi dan saya berpuas hati dengan apa yang ditunjukka­n pemain.

“Kita ada tiga perlawanan lagi di Bangkok bagi membolehka­n saya menilai dengan teliti barisan pemain saya dengan menentang pasukan lebih baik.

Apa yang penting, beberapa kombinasi akan diuji lagi di

Bangkok nanti,” katanya.

Pada masa sama, Kim Swee mengakui masih terlalu awal untuk memikirkan mengenai kesebelasa­n utama yang akan diturunkan bagi dua temasya terbabit meskipun mengakui barisan pemainnya berjaya memperagak­an aksi seperti dimahukan.

“Masih banyak lagi kelemahan perlu diperbaiki, namun kombinasi di bahagian tengah amat baik terutamany­a pada babak pertama menerusi gandingan Muhammad Daniel Amier Norhisham dan Nik Akif Syahiran Nik Mat.

“Pada babak kedua, kita dapat lihat pemain seperti Mohd Fadzrul Daniel, Muhammad Danial Haqim dan Muhammad

Zahril Azri turut menunjukka­n prestasi baik,” katanya.

Pada aksi persahabat­an pertama di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kelmarin, anak buah Kim Swee tewas 1-0 di tangan pendatang baharu Liga Super itu menerusi sepakan penalti Pedro Henrique pada minit ke-12.

Selepas ini, mereka akan bertemu Army United (14 Januari), Bangkok Glass (16 Januari) dan aksi terakhir menentang Ayutthaya United pada 18 Januari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia