Harian Metro

Enam jam tahan sakit

- Norasikin Daineh

Individu yang tidak diketahui identitiny­a ditemui rentung dalam kereta Proton Persona yang terbakar di Kampung Janang, Kuala Penyu, dekat sini, awal pagi semalam.

Difahamkan kenderaan itu terbakar kira-kira jam 2.30 pagi dan identiti mangsa belum diketahui.

Mayat mangsa rentung itu ditemui anggota bomba selepas operasi memadamkan api pada kenderaan terbabit.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 2.38 pagi.

“Seramai lima anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaa­n mendapati kebakaran membabitka­n sebuah Proton Persona.

“Ada individu tidak diketahui identiti dilaporkan rentung dalam kenderaan itu. Pasukan bomba membuat kerja pemadaman dan pemeriksaa­n di kawasan berhampira­n bagi memastikan tiada bahaya lain berlaku,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Khatizah berkata, kebakaran dikawal jam 2.53 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya dua jam kemudian.

“Maklumat mangsa tidak diperoleh dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutny­a. Operasi ditamatkan jam 4.53 pagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­den Azmir Abd Razak ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu.

“Pihak forensik sedang menjalanka­n siasatan awal di lokasi kejadian dan kita sedang menunggu ahli keluarga mangsa dari Kota Kinabalu untuk pengesahan,” katanya. Kuching: Seorang kanakkanak lelaki di Kampung Bako Indah, di sini, terpaksa menanggung kesakitan lebih enam jam apabila cincin yang dipakainya gagal ditanggalk­an, kelmarin.

Muhd Aim Abdullah, 9, berusaha membuka cincin keluli itu sejak tengah hari semalam, namun usahanya bukan saja gagal, malah jari manis tangan kirinya membengkak dan berdarah.

Berikutan itu, pasukan Bomba dan Penyelamat dipanggil bagi membantu menanggalk­an cincin daripada jari kanak-kanak berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.42 malam berhubung kejadian itu.

“Sebaik menerima panggilan, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dengan bantuan tiga anggota Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) dari BBP Petra Jaya dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi didapati kanak-kanak lelaki itu menahan kesakitan apabila jarinya bengkak dan berdarah akibat cincin yang tersangkut,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Katanya, penderitaa­n kanak-kanak itu berakhir pada jam 9.30 malam apabila bomba berjaya memotong cincin itu menggunaka­n peralatan khas.

 ??  ?? PASUKAN bomba memeriksa
kereta Proton Persona yang terbakar dengan mayat rentung
ditemui di dalam kenderaan itu di Kampung Janang, Kuala Penyu.
PASUKAN bomba memeriksa kereta Proton Persona yang terbakar dengan mayat rentung ditemui di dalam kenderaan itu di Kampung Janang, Kuala Penyu.
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba membantu cincin yang melekat di jari seorang kanak-kanak di Kampung Bako Indah.
ANGGOTA bomba membantu cincin yang melekat di jari seorang kanak-kanak di Kampung Bako Indah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia