Harian Metro

Tembus pasaran

- Mohd Roji Kawi mdroji@nstp.com.my

 FAMA jadikan Turki pintu masuk produk gula apong

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) bakal menjadikan Turki pintu masuk produk gula apong sebagai strategi memastikan produk dari Sarawak itu dapat menembusi pasaran lebih luas di Eropah.

Pengerusi FAMA Ishak Ismail berkata, perbincang­an sudah diadakan bersama beberapa ahli perniagaan di negara terletak antara sempadan benua Asia dan Eropah itu untuk mengekspor­t gula unik yang dihasilkan daripada nira nipah berkenaan.

Justeru, katanya, pihaknya kini berusaha untuk mendapatka­n pensijilan antarabang­sa bagi mengukuhka­n lagi potensi gula apong untuk memasuki pasaran yang lebih luas.

“Pensijilan itu penting sebelum kita dapat mengekspor­t produk dan kini kita sudah menetapkan gula apong untuk diangkat sebagai Produk Juara atau Signature Product bersama 14 lagi produk lain yang akan

lancarkan pada peringkat kebangsaan pertengaha­n tahun ini.

“Selain pasaran Eropah, gula apong akan kita pasarkan di Semenanjun­g, beberapa negara Asia dan di Timur Tengah,” katanya selepas Majlis Pelancaran Promosi Gula Apong Sebagai Signature Produk Negeri Sarawak, di sini, semalam.

Ishak berkata, bagi menjamin kuantiti produk mampu memenuhi keperluan eksport, pengusaha harus memastikan bekalan sumber yang berterusan.

Sehubungan itu, beliau lega dengan langkah kerajaan negeri yang kini berusaha memperluas­kan kawasan tanaman nipah, terutama di Kampung Tambak, Pusa bagi menampung sumber air nira yang diperoleh daripada nipah liar.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razali Gapor berkata, selain kawasan nipah sedia ada seluas kira-kira 50 hektar di Kampung Tambak itu, satu kawasan Taman Nipah turut di kampung terbabit.

Katanya, Taman Nipah seluas 10 hektar itu yang diwujudkan dengan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM2 juta mula dibuka tahun ini.

 ??  ?? ISHAK (tengah) mengacau gula apong sebagai gimik pelancaran promosi gula apong di Medan Niaga Satok.
ISHAK (tengah) mengacau gula apong sebagai gimik pelancaran promosi gula apong di Medan Niaga Satok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia