Harian Metro

Guru perlu ada nombor telefon ibu bapa

-

Kuching: Jabatan Pendidikan Sarawak perlu mengeluark­an pekeliling kepada semua sekolah bagi memastikan setiap guru mempunyai nombor telefon ibu bapa pelajar bagi memudahkan komunikasi antara kedua-dua pihak.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata, komunikasi amat penting kerana guru bukan sahaja dapat memaklumka­n prestasi pelajar kepada ibu bapa mereka, bahkan boleh menangani masalah disiplin pelajar.

“Saya mahu agar Jabatan Pendidikan mengeluark­an pekeliling kepada semua sekolah bahawa setiap guru mesti mengetahui atau mempunyai nombor telefon ibu bapa pelajar mereka.

“Kita mahu ibu bapa dan guru bekerjasam­a dan sekiranya anak mereka ada masalah, ibu bapa akan ada bersama,” katanya pada Program Ibu Bapa Bersama Komuniti Peringkat Negeri di sini, kelmarin.

Manyin berkata, tidak dinafikan bahawa di mana sahaja setiap sekolah pasti menghadapi masalah disiplin pelajar.

Bagaimanap­un, katanya, beliau percaya masalah itu mampu dikurangka­n jika ia mendapat penyertaan ibu bapa sendiri.

“Ibu bapa kini seharusnya membabitka­n diri dengan sekolah kerana mereka adalah antara yang membantu dan memberi input kepada sekolah selain guru,” katanya.

Katanya, ia sekali gus membantu meningkatk­an prestasi keseluruha­n sama ada akademik, pembanguna­n karakter atau personalit­i kepada anak sekolah.

 ??  ?? MANYIN (tengah) melawat pameran sempena Program Penglibata­n Ibubapa dan Komuniti Peringkat Negeri di SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor Kuching.
MANYIN (tengah) melawat pameran sempena Program Penglibata­n Ibubapa dan Komuniti Peringkat Negeri di SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia