Harian Metro

‘Anak tidak selesa’

-

 Mangsa kebakaran rayu bantuan keperluan bayi, barangan peribadi ibu berpantang

sehelai sepinggang.

Mangsa kebakaran, Murhati Onong, 34, berkata, selain keperluan peribadi, dia memerlukan barang keperluan bayinya seperti lampin pakai buang dan buaian.

“Memang banyak bantuan diberikan, tetapi saya memerlukan barang peribadi seperti pakaian dalam dan tuala wanita kerana masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sebulan lalu.

“Bayi saya juga tidak selesa kerana terbiasa tidur dalam ayunan (buaian bayi) dan kalau boleh, saya mohon sumbangan mana-mana pihak untuk diberikan buaian,” katanya ketika ditemui, semalam.

Aini Tahir, 48, berkata, bantuan diterima mereka mencukupi, namun meminta pihak berkaitan dapat mengagihka­n mengikut keluarga yang terbabit.

“Setakat ini, dalam satu khemah kami ada tiga keluarga dan saya tidak kisah, walaupun berkongsi kerana kami adik-beradik.

“Tetapi, kami mempunyai ketua keluarga iaitu suami masing-masing jadi sepatutnya bantuan disalurkan atas nama keluarga, namun apa saya lihat sejak hari pertama pengagihan tidak diberi sama rata mengikut ketua keluarga,” katanya.

Selain itu, Aini berharap, kerajaan dapat membantu mereka memulakan kehidupan semula, termasuk penempatan dan pemberian bantuan peralatan untuk berniaga.

“Saya dan suami berniaga kuih di Tamu Putatan dan jeti berhampira­n. Sekarang kami tiada rumah dan barang peralatan membuat kuih habis terbakar,” katanya.

 ?? FOTO: MALAI ROSMAH TUAH ?? MURHATI bersama anaknya, Mohd Adam Mikjad dan Nurul Shahfika Nur Ain
sementara di Dewan Serbaguna Putatan.
FOTO: MALAI ROSMAH TUAH MURHATI bersama anaknya, Mohd Adam Mikjad dan Nurul Shahfika Nur Ain sementara di Dewan Serbaguna Putatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia