Harian Metro

Pastikan paip pili bomba baik, bertekanan tinggi

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@ nstp.com.my

Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akan memantau dan memastikan saluran paip menghubung­kan pili bomba sentiasa baik serta bertekanan tinggi.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur negeri, Datuk Peter Anthony berkata, ia bagi memastikan pasukan bomba tidak berdepan masalah seperti pili bomba tidak berfungsi atau tekanan air rendah ketika operasi memadam kebakaran, sekali gus mengelak kebakaran besar.

“Kerjasama polis dan bomba juga penting dalam memastikan pili bomba berfungsi dengan baik serta bebas vandalisme.

“Pemantauan bersama penting bagi memastikan tidak berlaku masalah pili bomba tidak berfungsi atau tekanan rendah ketika operasi bomba (memadamkan kebakaran),” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu 2019 Kadazandus­un Murut (KDM) Malaysia Kota Marudu di sini, kelmarin.

Jumaat lalu, sebanyak 55 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih, Putatan, mengakibat­kan 78 keluarga hilang tempat tinggal.

Selain kedudukan rumah rapat antara satu sama lain yang menjadi punca api merebak dengan cepat, bomba memaklumka­n tekanan air rendah menyukarka­n lagi operasi pemadaman.

Barang peribadi ibu berpantang dan keperluan bayi antara barangan diperlukan mangsa kebakaran di Kampung Pasir Putih, dekat sini.

Tinjauan Harian Metro di penempatan sementara di Dewan Serbaguna Putatan, di sini, mendapati sebahagian mangsa terdiri daripada bayi, kanak-kanak dan wanita termasuk ibu berpantang.

Jumaat lalu, 55 rumah musnah terbakar di kampung berkenaan mengakibat­kan 78 keluarga tinggal

 ??  ?? PETER beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada majlis Sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu 2019 Kadazandus­un Murut (KDM) Malaysia Kota Marudu.
PETER beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada majlis Sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu 2019 Kadazandus­un Murut (KDM) Malaysia Kota Marudu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia