Harian Metro

Kurang hujan tidak jejas pengeluara­n sayur-sayuran

-

Cuaca panas dengan jangkaan kurang taburan hujan di Sabah hingga

Mac depan, dijangka tidak menjejaska­n pengeluara­n hasil sayuran, selain harga yang dijual di pasar tani kekal murah.

Perkara itu dinyatakan peniaga Pasar Tani

Asia City, di sini, yang menyatakan faktor kurang hujan tidak menjejaska­n pengeluara­n sayur-sayuran tanah tinggi, khususnya Kundasang.

Begitu juga keadaan cuaca tidak menentu bulan lalu tidak memberi kesan terhadap harga barangan basah, termasuk sayur-sayuran dan bawang yang masih sama dan murah selepas sambutan Krismas.

Peniaga, John Jatim, 44, berkata, walaupun kurang hujan, sayuran tanah tinggi tidak berdepan masalah pengeluara­n berikutan ia tidak mempengaru­hi faktor cuaca dingin serta sistem penyembura­n air yang digunakan oleh petani kawasan terbabit.

Dalam pada itu, katanya, tiada peningkata­n harga bagi semua jenis bawang yang dijualnya di pasar tani sejak November lalu.

“Sejak November lalu, bawang merah dan putih dijual pada harga RM8 sekilogram manakala bawang Bombay RM5 sekilogram dan bawang Holland RM4,” katanya ketika ditemui.

Putatan: Mesyuarat bersama Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah diadakan hari ini, bagi memutuskan penempatan semula 78 ketua keluarga yang hilang tempat tinggal dalam kebakaran membabitka­n 55 rumah di Kampung Pasir Putih, di sini, Jumaat lalu.

Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Uda Sulai berkata, pihaknya buat keputusan terbaik untuk semua mangsa terjejas.

“Memandangk­an keadaan begini (ratusan penduduk hilang tempat tinggal), esok (hari ini) Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah bermesyuar­at dan memutuskan berapa lama mereka boleh tinggal di sini (Dewan Serbaguna Putatan).

“Buat masa ini komitmen menggunaka­n dewan tidak ada kecuali khas untuk ini (penempatan mangsa kebakaran).

“Jadi saya yakin mungkin

mereka dibenarkan tinggal di sini mengikut kesesuaian masa dan keadaan difikirkan sesuai,” katanya selepas melawat dan menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran, semalam.

Lawatan beliau itu turut dihadiri tujuh pembantu menteri daripada pelbagai kementeria­n serta Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi menyatakan komitmen untuk membantu mangsa yang terjejas.

Sementara itu, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Arifin Asgali berkata, kehadiran pembantu menteri, Ahli Parlimen dan ADUN adalah untuk menyampaik­an sumbangan kepada mangsa.

“Kami cuba sedaya upaya membantu mangsa terutama sekali pengenalan diri bagi mereka yang kehilangan dokumen dan kita akan pastikan nasib mereka terbela,” katanya.

 ??  ?? UDA (empat dari kanan) menyampaik­an sumbangan ketika melawat mangsa kebakaran di penempatan sementara di Dewan Serbaguna Putatan.
UDA (empat dari kanan) menyampaik­an sumbangan ketika melawat mangsa kebakaran di penempatan sementara di Dewan Serbaguna Putatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia