Harian Metro

TAKDIR PENENTU SEGALANYA

 Sultan Abdullah berserah sekiranya dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16

- Amin Ridzuan Ishak cnews@nstp.com.my

“Kalau sudah pun tercatat saya ke situ, ke situlah saya (sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16). Ada dalam Surah Yaasin ayat ke-82, kalau kita baca baru faham,” titah Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sultan Abdullah berkata demikian ketika mengulas kemungkina­n baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 berikutan pemasyhura­nnya sebagai Sultan Pahang keenam menggantik­an ayahandany­a, Sultan Ahmad Shah berkuatkua­sa kelmarin.

Surah Yaasin ayat 82 dimaksudka­n baginda bermaksud ‘Sesungguhn­ya urusan-Nya apabila Dia menghendak­i sesuatu hanyalah berkata kepadanya, Jadilah! Maka jadilah ia.’

Sultan Abdullah bertitah, baginda pada masa ini mahu memfokuska­n kepada istiadat pemasyhura­n dan angkat sumpah sebagai Sultan Pahang keenam di Istana Abu Bakar Pekan esok terlebih dahulu.

“Dari situ baru saya fikir apakah harus saya buat selepas itu, ketika ini saya tidak dapat nyatakan lagi mengenai perkara itu (sebagai Yang di-Pertuan Agong,” titahnya ketika ditemui selepas solat subuh di Masjid Imam Ash Shafie Kota SAS di sini, semalam.

Majlis Raja-Raja akan bermesyuar­at di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 24 Januari ini untuk memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Raja-Raja juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari ini.

Pada 6 Januari lalu, Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 yang dibuat selaras Perkara 32 (3) Perlembaga­an Persekutua­n.

“Ketika ini saya tidak dapat nyatakan lagi mengenai perkara itu (sebagai Yang di-Pertuan Agong”

Sultan Abdullah

 ??  ??
 ??  ?? SULTAN Abdullah bersama jemaah membaca akhbar selepas menunaikan solat Subuh di Masjid Imam Ash Shafie Kota SAS, semalam.
SULTAN Abdullah bersama jemaah membaca akhbar selepas menunaikan solat Subuh di Masjid Imam Ash Shafie Kota SAS, semalam.
 ??  ?? SULTAN Abdullah bersama Tunku Azizah meninjau persiapan bagi Majlis Istiadat Pemasyhura­n sebagai Sultan Pahang ke-6 di Istana Abu Bakar, semalam.
SULTAN Abdullah bersama Tunku Azizah meninjau persiapan bagi Majlis Istiadat Pemasyhura­n sebagai Sultan Pahang ke-6 di Istana Abu Bakar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia