Harian Metro

RENTUNG DALAM KABIN

Penduduk kecewa gagal selamat budak terperangk­ap dalam kabin terbakar

- Shamsul Munir Safini cnews@nstp.com.my

“Kami dah berjaya pecah dinding belakang namun tak sangka dia (mangsa) terperangk­ap di dinding kiri kabin.”

Itu kekecewaan yang cuba disampaika­n sekumpulan penduduk di sini, yang gagal menyelamat­kan nyawa kanak-kanak, Muhammad Saifuddin Ali Subahan, 8.

Kanak-kanak terbabit rentung dalam keadaan terduduk selepas terperangk­ap di dalam kabin terbakar angkara pemetik api di Kampung Jawa di sini, jam 12.10 tengah hari, semalam.

Mereka berkata, sebaik api mula marak dan mendapat tahu ada seorang kanak-kanak terperangk­ap di situ, mereka cuba memecahkan dinding belakang kabin.

Salah seorang daripada mereka berkata, mereka berjaya memecahkan dinding belakang kabin namun tidak berjaya mengeluark­an mangsa kerana dia terperangk­ap di bahagian dalam tepi kabin berdinding­kan papan lapis.

Difahamkan, kedudukan mangsa terperangk­ap hanya diketahui selepas terdapat kesan kopek pada bahagian luar kiri kabin namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana api terlalu marak.

Bapa mangsa, Subahan Senni Santar Abdullah, 37, berkata, pagi sebelum kejadian dia dan anaknya menonton televisyen.

Tidak lama selepas itu, dia memberikan­nya wang RM2 untuk anaknya itu keluar bersarapan bersama kawan-kawannya.

“Saya ingat lagi bagaimana reaksi Saifuddin yang begitu gembira ketika menerima wang itu sebelum keluar dari rumah.

“Tidak lama selepas itu saya mendapat berita daripada rakannya dia terbakar di dalam kabin tempat mereka sering bermain dan menganggap­nya tidak serius,” katanya.

Subahan berkata, dia menyangka ia hanya luka kecil dan pergi ke lokasi kejadian yang terletak hanya bersebelah­an dengan warung makan milik nenek mangsa.

Sebaik sampai, dia tidak menyangka api marak dengan kuat dan membakar keseluruha­n bahagian dalam kabin dan menjerit memanggil namanya namun tidak bersahut.

“Ketika itu orang ramai mula menyimbah air cuba memadam kebakaran termasuk ada yang cuba memecahkan dinding kabin.

“Saya menjerit memanggil namanya namun tidak bersahut. Ketika itu hati saya bercampur-baur dengan kesedihan dan ketakutan mengenangk­an nasib anak,” katanya ketika ditemui di sini.

Sebaik api berjaya dipadamkan bomba, hancur hatinya melihat Saifuddin yang terperangk­ap rentung terbakar di bucu kabin.

“Bapa mana yang tidak sedih, dia suka bermanja dan bergurau dengan saya, sudah pasti saya akan merindui saat itu. Dia juga seorang yang periang,” katanya.

Subahan berkata, Muhammad Saifuddin anak ketiga daripada empat beradik.

Semua empat anaknya berusia antara sebulan hingga 11 tahun adalah lelaki dan tinggal di lokasi berhampira­n tempat kejadian.

Katanya, kabin itu tidak berkunci dan penduduk menjadikan­nya tempat untuk meletakkan barangan sukan dan beberapa barangan lain di situ.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Bayan Baru, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Muhammad Tarmizi Abdul Salam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.15 tengah hari sebelum tiba sembilan minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, premis berkenaan sudah 80 peratus terbakar dan mendapat tahu ada seorang kanak-kanak terperangk­ap di dalamnya.

“Kebakaran berjaya dipadam jam 12.40 sebelum mayat mangsa yang terperangk­ap dan rentung berjaya dikeluarka­n,” katanya.

Menurutnya, punca kejadian masih disiasat manakala kabin itu tidak disambung dengan bekalan elektrik dan masih mengumpul keterangan daripada saksi sama ada kanak-kanak berkenaan bermain api di situ.

Ketua Polis Barat Daya, Superinten­dan A A Anbalagan berkata, ketika kejadian mangsa bersama seorang lagi rakannya bermain api di dalam kabin.

Menurutnya, hasil keterangan rakan, dia memaklumka­n mangsa ketika itu sedang bermain pemetik api sehingga menyebabka­n sofa yang terdapat di dalam kabin terbakar sebelum menyambar barangan lain di situ.

“Semasa kejadian berlaku rakannya ternampak mangsa sedang bermain api di dalam

“Saya menjerit memanggil namanya namun tidak bersahut. Ketika itu hati saya bercampur-baur dengan kesedihan dan ketakutan mengenangk­an nasib anak”

Subahan

kontena menggunaka­n pemetik api.

“Rakannya itu juga terbakar di bahagian tepi rambut dan dipercayai berada di tempat kejadian semasa kejadian berlaku,” katanya.

Menurutnya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan kes diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut.

 ??  ??
 ??  ?? SUBAHAN gagal mengawal perasaan ketika mengiringi jenazah anaknya di dalam trak polis.
Semasa kejadian berlaku rakannya ternampak mangsa sedang bermain api di dalam kontena menggunaka­n pemetik api”
Anbalagan
SUBAHAN gagal mengawal perasaan ketika mengiringi jenazah anaknya di dalam trak polis. Semasa kejadian berlaku rakannya ternampak mangsa sedang bermain api di dalam kontena menggunaka­n pemetik api” Anbalagan
 ??  ??
 ?? FOTO: SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL ?? MUHAMMAD Saifuddin ditemui rentung dalam keadaan terduduk. KEADAAN dalam kabin yang hangus dijilat api dalam kebakaran, semalam. KABIN kontena yang tidak berkunci dijadikan tempat simpanan barangan oleh penduduk.
FOTO: SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL MUHAMMAD Saifuddin ditemui rentung dalam keadaan terduduk. KEADAAN dalam kabin yang hangus dijilat api dalam kebakaran, semalam. KABIN kontena yang tidak berkunci dijadikan tempat simpanan barangan oleh penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia