Harian Metro

PILU MERINDU

 Suami mahu jadi saksi pertama pasangan kembali sedar

- Kota Bharu Muhamaad Razis Ismail razis@nstp.com.my

> "Abang akan terus berada di sini sehingga sayang sedar," demikian janji

Mohd Saiful Sudin,

29, kepada isterinya, Norfadilla Che Par,

28, yang koma selepas melahirkan anak sulung mereka.

Sejak dua bulan lalu

Mohd Saiful ‘berumah’ di hospital kerana mahu menjadi orang pertama yang melihat isterinya sedar manakala bayi mereka kini dijaga kakak iparnya, lapor Muhamaad Razis Ismail

Buruh setiatungg­u isteriseda­r selepaskom­a

bersalin

“Abang akan terus berada di sini sehingga sayang sedar,” demikian janji Mohd Saiful Sudin, 29, kepada isterinya, Norfadilla Che Par, 28, yang koma selepas melahirkan anak sulung mereka November lalu.

Norfadilla atau lebih dikenali sebagai Mokla dalam kalangan ahli keluargany­a terpaksa bergantung dengan mesin pernafasan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Sejak dua bulan lalu, Mohd Saiful mengorbank­an kerjanya sebagai buruh, sekali gus hilang punca pendapatan demi menunggu isterinya pulih biar berapa tahun sekali pun.

Dalam tempoh itu, anaknya Muhamad Syahmi yang kini berusia dua bulan berada di bawah jagaan kakak iparnya, Norhasirah, 29, yang tinggal di Kampung Kok Lintang, Bachok.

Mohd Saiful berkata, dia akan terus menunggu isterinya di hospital kerana mahu menjadi orang pertama yang melihat isterinya sedar daripada koma.

Katanya, dia dan isteri baru saja menyambut ulang tahun perkahwina­n pertama pada 22 Oktober lalu.

“Saya akan terus berada di sini sehingga isteri sedar dan sihat. Kalau boleh saya nak ganti tempatnya, biar saya yang rasa sakit itu.

“Sehingga kini saya masih ingat yang isteri bersungguh-sungguh mahu menyusukan sendiri anak yang dilahirkan, namun hasratnya tidak kesampaian.

“Insya-Allah saya positif dan yakin dengan kuasa Allah, isteri akan pulih dan sedar seperti sedia-kala,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, semuanya bermula apabila isterinya berdepan masalah tiada tanda untuk melahirkan anak yang sepatutnya dijadual pada 8 November lalu.

“Selepas seminggu dia masih tidak berasa sakit sebelum dibawa ke hospital. Di hospital, isteri saya melalui tiga proses gesaan bersalin

(induce) selama tiga hari berturut-turut namun bukaan tetap dua sentimeter (cm) sehingga menyukarka­nnya bersalin secara normal.

“Selepas berbincang, isteri bersetuju menjalani pembedahan dan ketika proses itu berjalan saya dimaklumka­n isteri mengalami tekanan darah rendah, degupan jantungnya berhenti selama 10 minit dan oksigen tidak sampai ke otak.

“Biarpun anak selamat, isteri saya koma dan bergantung dengan mesin bantuan pernafasan sehingga kini,” katanya.

Katanya, dia tidak pernah menyalahka­n pihak hospital kerana mereka melakukan yang terbaik untuk menyelamat­kan isteri dan anak.

“Kini keadaan isteri tidak banyak berubah dan bergantung sepenuhnya dengan mesin bantuan pernafasan.

“Pada minggu lalu, isteri ada membuka mata, namun dia tidak memberi sebarang maklum balas,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurk­an sumbangan di akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0300941000­166384 atas nama Mohd Saiful Sudin.

Kalau boleh saya nak ganti

tempatnya

Mohd Saiful

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Saiful mencium anaknya ketika menunggu Norfadilla yang masih koma di wad ICU HRPZ II, Kota Bharu.
MOHD Saiful mencium anaknya ketika menunggu Norfadilla yang masih koma di wad ICU HRPZ II, Kota Bharu.
 ??  ?? GAMBAR kenangan perkahwina­n Mohd Saiful dan Norfadilla.
GAMBAR kenangan perkahwina­n Mohd Saiful dan Norfadilla.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia