Harian Metro

DITEMBAK TAWAN BUDAK

 Lelaki culik budak 2 tahun mati ditembak polis

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com

Polis mengakhiri drama tebusan selama empat jam, semalam, apabila menembak mati lelaki yang menculik kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Taman Telipok Ria, Tuaran, di sini.

Dalam insiden jam 5.35 petang, polis melepaskan tujuh das tembakan ke arah lelaki berusia 30-an terbabit selepas suspek mengacah-acah mahu mencampakk­an kanak-kanak berkenaan dari tingkat empat sebuah pangsapuri di taman perumahan itu.

Sebaik suspek terbunuh, polis menyelamat­kan kanak-kanak yang dijadikan tebusan itu sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan dan dihantar ke hospital menaiki ambulans.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, kanak-kanak perempuan terbabit cedera pada leher akibat terkena pisau digunakan suspek dalam kejadian itu.

Menurutnya, sebelum tembakan dilepaskan ke arah suspek, polis cuba memujuk lelaki itu untuk melepaskan kanak-kanak perempuan berkenaan, tetapi suspek enggan dan terus mengacukan pisau pada leher mangsa.

“Ketika rundingan, suspek tiada membuat apa-apa permintaan dan motif (menculik serta menjadikan mangsa tebusan) tidak diketahui.

“Dalam satu keadaan (ketika kejadian), suspek cuba mencampakk­an mangsa keluar

dari tingkap (rumah) dan polis segera menembak lelaki itu. Suspek mati di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian selepas insiden itu berlaku, semalam.

Omar berkata, polis tidak

menolak kemungkina­n suspek mengalami masalah mental. Bagaimanap­un, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk kemungkina­n suspek di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.

Katanya, siasatan pihaknya

mendapati suspek adalah orang luar di kawasan perumahan itu kerana penduduk di situ tidak mengenalin­ya. Pihaknya turut tidak menemui pengenalan diri pada suspek selepas ditembak.

 ??  ??
 ??  ?? LOKASI rumah dijadikan persembuny­ian lelaki culik budak perempuan di Taman Telipok Ria, Tuaran.
LOKASI rumah dijadikan persembuny­ian lelaki culik budak perempuan di Taman Telipok Ria, Tuaran.
 ??  ?? ANGGOTA polis bersenjata bersedia untuk bertindak. Sebelum tembakan dilepaskan ke arah suspek, polis cuba memujuk lelaki itu untuk melepaskan kanak-kanak perempuan berkenaan, tetapi suspek enggan dan terus mengacukan pisau pada leher mangsa”
Omar Mammah
ANGGOTA polis bersenjata bersedia untuk bertindak. Sebelum tembakan dilepaskan ke arah suspek, polis cuba memujuk lelaki itu untuk melepaskan kanak-kanak perempuan berkenaan, tetapi suspek enggan dan terus mengacukan pisau pada leher mangsa” Omar Mammah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia