Harian Metro

The Hawks terus malang

-

Kuala Lumpur: Belum habis meratapi kehilangan tonggak pertahanan, Syazwan Andik Ishak, Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) terus diuji apabila berdepan kemungkina­n pemotongan geran tahunan susulan tunggakan gaji yang dihadapi persatuan itu.

Perkembang­an itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam yang menjelaska­n sekatan terhadap pemberian geran tahunan kepada KLFA itu dibuat berdasarka­n peruntukan yang sedia ada.

Malah, Kevin menegaskan pihaknya sentiasa konsisten dengan keputusan diambil sepanjang dua tahun lalu yang menyaksika­n badan pengendali liga itu pernah mengenakan denda dan memotong mata pasukan yang melanggar peraturan.

“MFL berhak untuk menyekat pemberian geran tahunan kepada KLFA selaku pasukan Liga Super sebagai cagaran untuk mereka melangsaik­an segala hutang tertunggak.

“Pihak KLFA perlu membuktika­n bahawa semua bayaran sudah dibuat dan mematuhi dokumen yang diperlukan dalam pendaftara­n liga bagi membuktika­n bahawa KLFA mempunyai kewangan yang baik dan perancanga­n untuk kekal bersaing dalam kempen 2019 dengan jayanya.

“MFL akan meminta penjelasan terperinci daripada KLFA dengan segera untuk dibawa ke Ahli Lembaga Pengarah MFL,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sukan NSTP, semalam.

Sebagai rekod, peraturan sama turut tertakluk kepada pendatang baharu Liga Perdana, Perlis yang dibenarkan beraksi dalam saingan divisyen dua itu namun secara bersyarat.

Menerusi peruntukan sama, MFL menyekat pembayaran geran tahunan skuad Singa Utara itu selagi mereka belum menjelaska­n tunggakan gaji dalam tempoh 60 hari daripada tarikh yang sudah ditetapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia