Harian Metro

Sentapan khabar duka

- Ramli Ibrahim cnews@nstp.com.my

 Bayi meninggal dunia dilanggar kereta ibu pengasuh

“Bang, Aamina dah tak ada,” itulah kata-kata yang diterima seorang bapa daripada pengasuh anaknya yang maut dirempuh kereta di Taman KESEDAR Putra di sini, kelmarin.

Dalam keadaan terkejut, Mohd Hafezul Abdullah, 35, bergegas ke Hospital Gua Musang (HGM) sebelum mengesahka­n anak perempuann­ya, Aamina Inayah yang berusia setahun lima bulan meninggal dunia.

Mengakui sangat sedih dengan pemergian anak keduanya itu kerana dapat menghilang­kan kesunyian di rumah berikutan isterinya, Kharina Sharing, 33, kini berada di Arab Saudi kerana bekerja sebagai jururawat.

“Saya sudah hubungi isteri saya di Arab Saudi bagi memaklumka­n berita sedih itu dan dia segera pulang dan dijangka sampai ke Gua Musang hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik HGM.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, Aamina Inayah dilanggar kereta Toyota Fortuner yang dipandu ibu pengasuhny­a, Che Jah Yaacob, 54.

Che Jah ketika itu mengalihka­n keretanya yang berada di luar rumah untuk dibawa masuk ke dalam garaj.

Ketika kejadian, pengasuh kanak-kanak terbabit, Nor Syamimi Ibrahim, 20, berada di dalam rumah dan tidak menyedari kehilangan Aamina yang baru pandai berjalan sejak tiga bulan lalu.

Nor Syamimi bergegas mencarinya dan terdengar suara kanak-kanak menangis sebelum menemui mangsa terbaring di atas lantai di depan rumahnya.

Pengasuh bersama ibunya segera mengejarka­nnya ke HGM sebelum disahkan meninggal dunia setengah jam selepas kejadian.

Mohd Hafezul yang bekerja di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang berkata, anaknya baru saja ditinggalk­an di rumah pengasuh sejak seminggu lalu.

“Saya selalu menghantar Aamina pada jam 7 pagi sebelum mengambiln­ya semula pada jam 6 petang setiap hari selepas pulang bekerja dan saya tinggal di perumahan Bandar Utama.

“Saya terima takdir Tuhan kerana sudah sampai ajal anak saya walaupun amat pahit untuk menghilang­kan perasaan pilu di hati berhubung kejadian tidak diduga ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superinten­dan Mohd Taufi Maidin ketika dihubungi mengesahka­n sudah mengambil keterangan daripada pengasuh dan ibunya.

 ??  ?? LOKASI dalam garaj rumah pengasuh di Taman KESEDAR Putra, tempat bayi perempuan, Aamina Inayah (gambar kecil) dijumpai terbaring dilanggar kereta ibu pengasuh. MOHD Hafezul (kanan) menunggu untuk menuntut jenazah anaknya, Aamina Inayah di Bilik Forensik, Hospital Gua Musang.
LOKASI dalam garaj rumah pengasuh di Taman KESEDAR Putra, tempat bayi perempuan, Aamina Inayah (gambar kecil) dijumpai terbaring dilanggar kereta ibu pengasuh. MOHD Hafezul (kanan) menunggu untuk menuntut jenazah anaknya, Aamina Inayah di Bilik Forensik, Hospital Gua Musang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia