Harian Metro

Akibat gatal lucut pakaian

-

Kuala Lumpur: Digoda melalui aplikasi Skype untuk berbogel sebelum diugut membayar RM3,000 oleh wanita yang mendakwa mahu menyebarka­n video berkenaan.

Itu nasib malang dialami seorang jurutera lelaki selepas berkenalan dan membuat panggilan video ‘panas’ bersama wanita baru dikenali.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku sewaktu lelaki berusia 25 tahun terbabit menerima panggilan video daripada wanita terbabit sewaktu berada di bilik pejabatnya di Jalan Burhanuddi­n Helmi, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, 4 Januari lalu.

Katanya, menerusi panggilan video itu, wanita itu membuka pakaiannya sebelum meminta mangsa melakukan perkara sama.

“Lelaki terbabit kemudian menuruti permintaan wanita itu dengan membuka separuh seluarnya selama beberapa minit sebelum menamatkan panggilan video berkenaan.

“Namun pada 7 Januari lalu, dia menerima pesanan ringkas daripada wanita itu memaksanya membayar RM3,000 menerusi MoneyGram bagi mengelakka­n rakaman video berkenaan disebarkan.

“Sekiranya mangsa enggan membayar wang itu, dia mengugut mahu memuat naik video berkenaan di Facebook dan YouTube selain menghantar kepada kenalan media sosial mangsa.

“Bagaimanap­un, mangsa enggan menuruti permintaan itu dengan memaklumka­n tidak mempunyai wang,” katanya ketika ditemui.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis berhubung ugutan berkenaan di Balai Polis TTDI, di sini, pada 8 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia