Harian Metro

Didera pembunuh hingga mati

-

Gombak: Dipercayai didera teruk dengan dicucuh api, selain jari kaki dikerat serta dipukul bertubi-tubi di seluruh tubuh oleh pembunuh hingga mati.

Itu azab dialami dua mangsa lelaki warga asing sebelum mayat mereka ditemui dibuang di dalam longkang di Ulu Yam menghala ke Batu Caves, di sini, dan Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, hasil bedah siasat dilakukan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati punca kematian mangsa adalah kecederaan pada tisu lembut di seluruh badan.

“Berdasarka­n laporan diperoleh, ada beberapa kecederaan lain pada badan mangsa iaitu dua jari kaki kanan dan satu jari kaki kiri dipotong. Selain itu, ada kesan kecederaan pada lengan kanan dan kiri selain bahagian abdomen. Ada juga kesan bara api daripada objek panas.

“Malah, ada kesan jerut pada kedua-dua pergelanga­n kaki dan tangan serta kecederaan pada kedua-dua tapak kaki mangsa dipercayai akibat objek tumpul,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Samsor berkata, siasatan lanjut berhubung kes itu giat dijalankan termasuk mengenal pasti identiti suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Kami akan menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kes ini termasuk menyiasat kaitan kes ini dengan penemuan mayat seorang lelaki di bawah jambatan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, pada hari sama.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superinten­dan Rudy Abdullah ketika dihubungi, di sini, turut mengesahka­n punca kematian lelaki yang mayatnya ditemui di bawah jambatan di Jalan Loke Yew, Ahad lalu adalah sama dengan kes kematian lelaki di Jalan Ulu Yam, di sini, iaitu kerana kecederaan pada tisu lembut di seluruh badan.

Beliau sebelum ini memaklumka­n kedua-dua kes terbabit mempunyai kaitan memandangk­an kedua-dua mangsa mempunyai hubungan sebagai rakan.

Kedua-dua mangsa berkenaan hilang selepas keluar dari rumah sewa mereka di Jalan Pudu, di sini, untuk menunaikan solat pada tengah hari Jumaat lalu.

FAKTA Ada kesan jerut pada kedua-dua pergelanga­n kaki

dan tangan

 ??  ?? MAYAT lelaki dengan keadaan tangan dan kaki terikat serta muka ditutup dengan baju ditemui orang awam di dalam longkang sekitar Jalan Ulu Yam menghala ke Batu Caves, Ahad lalu.
MAYAT lelaki dengan keadaan tangan dan kaki terikat serta muka ditutup dengan baju ditemui orang awam di dalam longkang sekitar Jalan Ulu Yam menghala ke Batu Caves, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia