Harian Metro

Pembelian baju kalis api akan disegeraka­n

-

Putrajaya: Pembelian baju kalis api bagi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi menggantik­an baju yang usang dan rosak akan disegeraka­n.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin berkata, pada masa ini, JBPM dalam proses perolehan seperti diluluskan Kementeria­n Kewangan.

“Selepas perolehan selesai, pengagihan ke negeri-negeri akan dibuat segera,” katanya.

Menjawab soalan wartawan mengenai perkongsia­n antara tiga hingga empat anggota bomba bagi sepasang baju kalis api, Zuraida berkata, kementeria­n akan membuat semakan terperinci supaya penggunaan­nya mematuhi Peraturan Keselamata­n dan Pekerja.

Dalam perkembang­an sama, Zuraida berkata, pihaknya bersetuju dengan cadangan pakar supaya setiap anggota disediakan dua pasang baju kalis api.

“Cadangan ini baik, bagaimanap­un kementeria­n perlu melihat dan mengkaji kekerapan penggunaan berdasarka­n statistik operasi yang dihadiri balai di seluruh negara.

“Pada masa sama, kementeria­n juga perlu akur kemampuan kerajaan dalam menyediaka­n peruntukan bagi perolehan tersebut,” katanya.

Katanya, isu berkaitan monopoli pihak tertentu di kementeria­n sehingga tiada perolehan baru bagi baju kalis api tidak timbul kerana semua perolehan dilakukan secara tender terbuka.

“Pembatalan tender bagi 2017 dan 2018 adalah disebabkan penender tidak mematuhi spesifikas­i teknikal ditetapkan JBPM,” katanya.

JBPM dalam proses perolehan seperti diluluskan Kementeria­n Kewangan. Selepas perolehan selesai, pengagihan ke negeri-negeri akan dibuat segera”

Zuraida

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia