Harian Metro

‘K-Pop’ Sabahan pula

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@ nstp.com.my

 Video dendangan pasangan kekasih warga Korea Selatan terima pujian netizen

Rentak lagu nyanyian kumpulan Atmosfera yang dan refleksi keaslian penduduk Sabah menjadi pilihan pasangan kekasih warga Korea Selatan menyanyika­n semula lagu itu hingga tular di laman sosial, baru-baru ini.

Video Eun Ho Lee, 28, atau lebih mesra disapa Hoya dan teman wanitanya, Minji Kim, 22, menyanyika­n lagu itu dengan latar belakang pemandanga­n sekitar bandar raya Kota Kinabalu sambil memegang bendera Sabah serta Jalur Gemilang mendapat pujian netizen.

Video berdurasi 7 minit 29 saat menunjukka­n gelagat pasangan kekasih itu menghafal lirik lagu

sebelum dapat menyanyika­nnya dengan baik bersama-sama.

Ketika ditemui, Hoya berkata, dia memilih lagu itu susulan cadangan teman wanitanya kerana ia lagu baharu di Sabah, berbanding lagu Sayang Kinabalu yang mahu dinyanyika­n pada mulanya.

“Kami mengambil masa tiga hari untuk menghafal lagu itu dan dua minggu melakukan penggambar­an video,” katanya yang sedikit fasih berbahasa Melayu.

Hoya yang berasal dari Busan berkata, dia gembira kerana rakannya di Korea mula menyukai videonya selain tular di Sabah serta menerima komen positif mengenainy­a.

“Saya buat video ini sebagai ‘jambatan’ untuk orang Korea lebih mengenali Sabah. Saya tahu ramai orang Malaysia minat pada Korea termasuk K-Pop.

“Tetapi orang Korea tidak ramai tahu mengenai Malaysia terutama Sabah. Jadi kalau orang Malaysia tahu mengenai K-Pop, kami pula perkenalka­n M-Pop iaitu Melayu Pop menerusi lagu yang kami rakamkan.

“Jadi untuk perancanga­n seterusnya, kami bercadang merakamkan video untuk lagu Sumandak Sabah dan Sayang Kinabalu,” katanya.

Ditanya bagaimana boleh bertutur dalam bahasa Melayu, Hoya berkata, dia mengambil masa setahun untuk belajar bercakap Melayu.

“Ketika mula-mula sampai di sini, saya cuma tahu bahasa Korea saja dan tidak pandai berbahasa Inggeris. Saya kerana tidak boleh bercakap mengenai sesuatu yang saya mahu tahu, jadi terpaksa bertanya pada kawan dan menggunaka­n

untuk belajar. “Memang susah belajar bahasa Melayu, tetapi lama-lama mulai faham dan kini dalam proses belajar daripada kenalan penduduk tempatan,” katanya yang setahun berada di negeri ini.

Katanya, di Korea dia bekerja sebagai pelawak namun datang ke Sabah untuk bercuti dan kebetulan bapa saudaranya memiliki perniagaan di sini.

“Pada mulanya saya cuma datang selama sebulan, tetapi Sabah tempatnya tenang dan cuaca panas berbanding di Korea sekarang musim sejuk. Jadi dari sebulan saya mula menyukainy­a hingga setahun di sini.

“Selain Sabah, saya melawat beberapa negeri di Malaysia termasuk Johor dan Kuala Lumpur, tetapi lebih suka di sini kerana budaya serta kepelbagai­an etnik seperti Dusun, Bajau dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, menurut Minji, dia masih dalam proses belajar bercakap Melayu dan belum dapat bertutur dengan baik seperti Hoya.

 ??  ?? HOYA (kiri) dan Minji hasilkan video nyanyian semula lagu Original Sabah hingga tular di YouTube dan Facebook.
HOYA (kiri) dan Minji hasilkan video nyanyian semula lagu Original Sabah hingga tular di YouTube dan Facebook.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia