Harian Metro

Bapa saudara antara direman

- Mohamed Basyir m.basyir@nstp.com.my

Bapa saudara dan rakan Syam Sado yang menyaksika­n kejadian lelaki itu ditembak mati di kawasan letak kereta Flat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di sini, Ahad lalu direman.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awan berkata, semua tujuh lelaki berusia 20 hingga 48 tahun itu direman bermula petang kelmarin hingga 19 Januari ini bagi membantu siasatan.

Che Zaimani berkata, empat daripada tujuh individu itu positif dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing.

“Kami percaya mereka boleh beri maklumat dalam membantu polis mengesan suspek utama.

“Hasil siasatan awal kami percaya motif pembunuhan berkaitan unsur dadah dan kami siasat lebih mendalam,” katanya.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, Syam Sado atau nama sebenarnya, Mohammad Nazrulhisy­am Mohamed Meera, 27, maut ditembak.

Ketika mangsa berbual dia didatangi dua penyerang menaiki motosikal melepaskan lima das tembakan.

Che Zaimani berkata, kedua-dua suspek utama itu mengenal pasti sasaran sebelum melepaskan tembakan.

Dalam perkembang­an lain, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk T Narensagar­an dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang baru berkuat kuasa, semalam.

Narensagar­an menggantik­an Datuk Seri A Thaiveegan yang bersara wajib selepas setahun memegang jawatan itu.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pulau Pinang itu disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

 ??  ??
 ??  ?? WAN Najmudin (tengah) menjadi saksi majlis serah dokumen Thaiveegan (kiri) kepada Narenasaga­ran di IPK Pulau Pinang, Georgetown.
WAN Najmudin (tengah) menjadi saksi majlis serah dokumen Thaiveegan (kiri) kepada Narenasaga­ran di IPK Pulau Pinang, Georgetown.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia