Harian Metro

Lambaian perpisahan

-

 Lelaki, anak saudara maut dirempuh lori dari arah belakang

kemalangan maut itu selang beberapa minit kemudian.

“Sebelum dia pergi pagi tadi, dia lambai pada saya, saya sempat pesan jangan makan dalam kelas, makan waktu rehat saja.

“Pandangan wajahnya cukup gembira, ceria dan tidak sabar ke sekolah, sebab dia tahu balik sekolah, kami akan ke kedai kek dan beli kek untuk sambut hari lahir adiknya,” katanya ketika ditemui di kediaman keluargany­a, semalam.

Lizawati yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Jeram berkata, arwah anaknya itu sangat rapat dengan neneknya dan disifatkan sebagai seorang kanak-kanak penyayang.

“Betul-betul terkilan, arwah meninggal dunia pada hari lahir adik bongsunya dan sehingga kini saya masih terbayang-bayang raut wajahnya yang teruja hendak potong kek,” katanya.

Dalam kejadian pada jam 6.40 pagi itu, mangsa bersama bapa saudaranya, Mohd Rozaini Ismail, 47, maut dirempuh sebuah lori dari arah belakang di Kilometer 1, Jalan Kuala Selangor-Rawang berhampira­n Jalan Teluk Piah.

Turut membonceng motosikal dinaiki Allahyarha­m Mohd Rozaini adalah anaknya, Muhammad Saifulbaha­ri, tujuh tahun dan ketiga-tiga mereka dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Assam Jawa.

Muhammad Saifulbaha­ri kini kritikal dan ditempatka­n di Hospital Sungai Buloh selepas parah di kepala dan patah bahu kiri.

Kedua-dua jenazah selamat dikebumika­n dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Telok Piai, selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Tanjong Karang.

 ??  ?? LIZAWATI menabur bunga pada pusara Mohd Rozaini dan Muhammad Aryan Iman di Tanah Perkuburan Islam Teluk Piai.
LIZAWATI menabur bunga pada pusara Mohd Rozaini dan Muhammad Aryan Iman di Tanah Perkuburan Islam Teluk Piai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia