Harian Metro

Lantik waris takhta ikut tradisi

-

Pekan: Sultan Pahang VI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah memberi bayangan bahawa pelantikan pewaris takhta baginda akan dilakukan mengikut tradisi.

Baginda bertitah, perkara itu memerlukan kepada perbincang­an antara ahli keluarga dan kerabat diraja baginda terlebih dahulu.

“Waris ganti akan saya tentukan dalam masa terdekat...saya kena berbincang dengan pihak keluarga saya dan Insya-Allah saya percaya semua (orang ramai) sudah boleh ramal kalau ikut tradisinya.

“Cuma (sekarang) nak tetapkan dan menyakinka­n (diri) kemudian kita boleh memutuskan waris takhta,” titahnya kepada media selepas istiadat pemasyhura­n di Istana Abu Bakar di sini, semalam.

Al-Sultan Abdullah bertitah, pengumuman pewaris takhta iaitu Tengku Mahkota Pahang yang sebelum ini baginda pegang selama 44 tahun akan ditentukan dalam masa terdekat.

Mengikut tradisi, putera sulungnya yang juga Tengku Panglima Besar Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 23, boleh dilantik sebagai Tengku Mahkota Pahang.

Ini kerana secara tradisi Tengku Mahkota Pahang akan diserahkan kepada putera sulung kepada pemerintah semasa iaitu Al-Sultan Abdullah yang putera sulungnya adalah Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah memaklumka­n anakandany­a iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah kini sedang melanjutka­n pelajaran di Akademi Ketenteraa­n Diraja di Sandhurst, United Kingdom (UK) selama setahun dan menyampaik­an salam kepada semua.

“Saya harap dapat tunaikan tugas dan amanah ini (sebagai Sultan) dengan sebaik mungkin dan saya akan beri segala raga, nyawa dan masa untuk Pahang. Sama-samalah kita berdoa semoga kita diberkati Allah SWT,” titahnya.

Sementara itu, ditanya mengenai kebarangka­lian baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16 selepas pemasyhura­n sebagai

Sultan Pahang, baginda bertitah ia terletak kepada ketentuan Allah SWT dan menyerahka­n sepenuhnya kepada keputusan yang akan dibuat Majlis Raja-Raja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia