Harian Metro

Skala Evelyn ‘sembilan persepuluh’ ‘Suami akui kesalahan’

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Penyanyi dan pelakon Isa Khan kini menjalin hubungan dengan DJ dari Indonesia, Evelin Nada Anjani yang dikenaliny­a sejak sebulan lalu.

Menurut Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad, 25, dia selesa bersama wanita itu dan tertarik dengan kejujurann­ya.

“Kalau ditanya skala hubungan saya dan Evelin, jawapannya, sembilan persepuluh. Pada awalnya, saya tak tahu menahu mengenai kehidupann­ya sebelum ini.

“Namun, selepas memuat naik gambar bersama, ada beberapa individu menghantar gambar lamanya kepada saya menerusi

di katanya.

Pelakon drama Bimbi

message

direct Instagram,”

dan Bonni yang juga bekas peserta program AF2016 berkata, dia kemudian mendapatka­n kepastian daripada wanita bergelar janda itu.

“Saya bertanya mengenai masa lalunya dan dia berterus-terang tanpa menyembuny­ikan apa-apa. Kejujuran itulah yang membuatkan saya tertarik untuk terus mendekati dan sangat menghargai sikapnya,” kata Isa.

Pasangan itu bertemu di majlis perkahwina­n abang Isa, Aliff Khan yang berlangsun­g di Bali dan mula rapat selepas itu.

Evelin sebelum ini pernah berkahwin dengan pelawak dari Indonesia, Aming dan mendapat perhatian media negara itu apabila berubah daripada ‘tomboi’ kepada wanita cantik.

“Dia akui kesalahann­ya dan masih sayangkan keluarga dan isterinya,” kata penerbit filem, Datuk Normashayu Puteh, 42, atau Ayu Puteh, susulan tindakan suaminya yang juga penyanyi Aiman Ismail mendakwa dia berlaku curang, sebelum ini.

Ayu berkata, pada ulang tahun perkahwina­n mereka baru-baru ini, Aiman membuat kejutan dengan membawanya ke Pulau Pangkor.

“Malah, dia buat kejutan tema romantik ‘main pondok-pondok’ ketika menikmati makan malam bersama. Tiada pergaduhan berlaku antara kami namun dia tidak mahu bercerita lanjut mengenai isu yang melanda kami.

“Dia mengakui segala kekurangan­nya kerana takut tidak mampu menanggung­nya,” katanya.

Ayu berkata, sebagai isteri dia hanya mengikut apa saja yang berlaku, tetapi Aiman beranggapa­n dia sudah berubah sikap selain anak-anak mula menjauh hati.

Menurut Ayu, suaminya ada menyuaraka­n hasrat untuk tinggal di luar dan mahu menyewa rumah berasingan.

“Saya kata, kalau nak saya tinggal di luar atau menyewa tempat lain selain rumah sekarang lebih baik teruskan kepada keputusan selanjutny­a iaitu berpisah.

“Tiada perjanjian saya akan mengikut suami ke mana-mana sebelum kahwin. Lagipun saya selesa dengan kediaman saya sendiri.

 Penerbit filem dituduh curang usaha perbaiki hubungan dengan suami selamatkan rumah tangga

Kahwin bukan dengan saya saja, tapi anak-anak mesti turut serta,” katanya.

Katanya, jika suaminya mudah nak tinggalkan rumah dan dirinya sebelum ini, tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku pada masa depan.

Penerbit Pencil Pictures & Records ini berkata, pada masa ini dia hanya mahu berfikiran positif dengan situasi yang melanda rumah tangganya.

“Sederhana itu indah, paling penting keikhlasan. Itu sudah cukup berharga kerana semua orang ada kekurangan dan tiada siapa inginkan perkahwina­n yang hanya separuh jalan.

“Jodoh memang kuasa Allah, tapi apa-apa pun kena fikir semula niat kita untuk berkahwin kerana itu saja penyelamat hubungan suami isteri pada masa depan,” katanya.

Pada 13 November tahun lalu Harian Metro melaporkan rumah tangga pasangan selebriti yang dibina sejak Januari 2017 bergolak apabila Aiman mendakwa wujud pihak ketiga dalam hubungan mereka melalui perkongsia­n di laman sosial

miliknya.

Susulan itu, Aiman dilaporkan keluar dari rumah sejak tarikh itu namun akhirnya kembali ke pangkuan keluarga hujung minggu lalu.

 ??  ?? AYU dan Aiman
ketika makan malam bersama.
AYU dan Aiman ketika makan malam bersama.
 ??  ?? ISA bersama Evelyn yang dikenali sejak sebulan lalu.
ISA bersama Evelyn yang dikenali sejak sebulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia