Harian Metro

Iqram Dinzly diisytihar muflis

-

Kuala Lumpur: Pelakon Iqram Dinzly diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas gagal membayar cukai pendapatan sebanyak RM77,000.

Iqram, 38, atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin mendedahka­n perkara itu di

kelmarin. Keputusan itu disampaika­n peguam LHDN kepada Iqram di Mahkamah Majistret Ipoh, kelmarin.

“Saya tiba lambat, jadi peguam LHDN hanya serahkan keputusan mahkamah. Saya tak tahu nak cakap apa. Mahkamah sudah putuskan, jadi saya kena terima.

“Lagipun saya memang tak mampu nak bayar dan tak boleh nak buat apa-apa. Cuma sekarang, saya kena cari jalan bagaimana nak selamatkan aset yang ada seperti rumah dan kereta. Ini saja yang tinggal.

“Diakui apa yang berlaku adalah silap sendiri, tetapi jujur saya katakan selama ini saya memang tidak tahu prosedur pembayaran. Saya hanya tahu kumpul resit saja,” katanya.

Iqram berkata, notis pemberitah­uan mengenai bayaran cukai pendapatan itu diterima sejak tiga tahun lalu yang pada asalnya berjumlah RM200,000.

Jumlah itu dikira sepanjang 10 tahun pembabitan­nya dalam bidang lakonan.

“Selepas dapat notis saya terus disenarai hitam. Ketika itu, saya melantik ejen untuk berurusan dengan LHDN. Dapatlah jumlah itu dikurangka­n hingga RM67,000.

“Namun, saya diperintah­kan ke Mahkamah Majistret Ipoh tahun lalu dan diarahkan membayar jumlah itu dalam tempoh tiga bulan.

“Dua minggu lalu, saya pergi ke pejabat LHDN di Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk berbincang sekali lagi. Hasil perbincang­an

hampir adalah negatif. Mereka cakap saya tiada inisiatif untuk membayar.

“Disebabkan itu, jumlah berkenaan meningkat semula kepada RM77,000 dan saya diberi tempoh 10 hari untuk menjelaska­nnya. Jika gagal, saya diisytihar muflis,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan kembali berlakon untuk menjana pendapatan bagi membayar hutang itu, Iqram tegas dengan pendirian tidak sama sekali.

“Saya takkan kembali berlakon. Disebabkan menjadi selebriti, saya diisytihar muflis,” katanya.

 ?? Iqram Dinzly ?? Saya memang tak mampu nak bayar dan tak boleh nak buat apa-apa”
Iqram Dinzly Saya memang tak mampu nak bayar dan tak boleh nak buat apa-apa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia