Harian Metro

Aruz tawar nilai terbaik

- Azzman Abdul Jamal dan Lizam Ridzuan bisnes@hmetro.com.my

 SUV terbaharu Perodua cekap tenaga

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) secara rasmi melancarka­n kenderaan utiliti sukan (SUV) terbarunya iaitu Perodua Aruz untuk pasaran tempatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, SUV tujuh tempat duduk itu ditawarkan menerusi dua pilihan varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance masing-masing pada harga RM72,900 dan RM77,900 dengan lima pilihan warna merangkumi Ivory White, Glittering Sliver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baru Amazon Green.

Katanya, Perodua Aruz adalah kenderaan cekap tenaga (EEV) keempat dihasilkan syarikat automotif terbabit dengan 95 peratus daripada komponenny­a adalah daripada sumber tempatan.

“Perodua Aruz menerajui arah baru untuk kami. Kemasukan ke segmen SUV ini membawa Perodua ke pasaran baru yang mana kami akan memperting­katkan inisiatif kepuasan pelanggan untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

“Dengan Perodua Aruz, orang ramai kini boleh menikmati sebuah SUV termasuk ciri-ciri canggih yang biasanya hanya terdapat dalam kenderaan mewah.

“Ini menjadikan­nya antara SUV dengan nilai terbaik pada masa kini,” katanya pada majlis Pelancaran Perodua Aruz, di sini, malam tadi.

SUV itu dilancarka­n oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Darell Leiking dan disaksikan oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa.

Menurut Zainal, ciri-ciri keselamata­n yang terdapat pada semua varian Aruz termasuk kawalan kestabilan kenderaan (VSC), ISOFIX dan enam beg udara, manakala varian Advance dilengkapi sistem Bantuan Keselamata­n Canggih (ASA) 2.0 yang dinaik taraf dengan penambahan pengesanan pejalan kaki serta peningkata­n kelajuan operasi.

“Malah, model baharu ini juga menerima penarafan keselamata­n lima bintang daripada ASEAN NCAP oleh Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS).

“SUV ini juga memberi kecekapan bahan api terbaik dalam segmen dengan 15.6 kilometer seliter (km/l),” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, model SUV terbaru itu sehingga kini sudah menerima 2,200 tempahan sejak dibuka bermula 3 Januari lalu.

“Setiap pembelian akan ditawarkan jaminan selama lima tahun atau 150,000 km (yang mana terdahulu).

“Sebagai bonus, bermula 9 Januari, semua pelanggan yang membeli insurans motor Perodua Total Protect Plus bukan saja akan menikmati Perodua Auto Assist percuma tetapi juga penamaan pemandu percuma tanpa had, elaun banjir sehingga RM1,000 serta perlindung­an kemalangan peribadi sehingga RM10,000,” katanya.

 ??  ?? DARELL (empat dari kiri) pada majlis pelancaran Perodua Aruz di MITEC, malam tadi.
DARELL (empat dari kiri) pada majlis pelancaran Perodua Aruz di MITEC, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia