Harian Metro

Kempen PRK masih di tahap gear dua

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@nstp.com.my

sudah memasuki hari kelima berkempen sejak 12 Januari lalu, jadual kempen keempat-empat calon bertanding masih lesu seperti ‘beku’ di gear dua.

Jika dibandingk­an dengan beberapa pilihan raya kecil (PRK) terdahulu beberapa bulan lalu, bertanding calon PRK Parlimen Cameron Highlands dilihat jauh ketinggala­n.

Sehingga petang semalam, belum ada satu ceramah kempen secara terbuka kepada pelbagai kaum diadakan calon kecuali sesi tinjauan mesra dari rumah ke rumah, mengunjung­i kampung Orang Asli atau sekadar menemui pengundi di kawasan tumpuan ramai.

Jadual kempen calon yang diedarkan kepada petugas media melalui kumpulan WhatsApp juga dipenuhi dengan perjumpaan calon secara bersemuka dengan pengundi atau pemimpin parti.

Mujur jugalah, ‘perang’ bendera masih ada di kiri dan kanan jalan yang sedikit-sebanyak menyedarka­n orang ramai adanya PRK di daerah ini.

Tidak hairanlah ada suara nakal daripada petugas Jabatan Penerangan di Pusat Media PRK Cameron Highlands mengatakan suasana PRK kali ini perlahan seperti tidak ‘raya’.

Bagi petugas media, keadaan ini bukan saja menimbulka­n rasa kekok tetapi menyukarka­n mereka mencari nilai berita berkualiti untuk ‘hidangan’ pembaca atau penonton.

Agak lucu juga, apabila ada jadual kempen calon bebas yang diedarkan kepada media turut disertakan waktu sibuk melaksanak­an tugas hakiki mengutamak­an perniagaan­nya.

Ada calon yang langsung tidak mempunyai susunan masa jadual berkempen untuk memudahkan media membuat liputan sehingga terpaksa ‘diasak’ media sehingga jam 1 pagi di kumpulan WhatsApp agar memberikan jadual kempen.

Harapnya, menjelang hujung minggu ini enjin semua calon bertanding tidak terus tersekat di gear dua atau sekadar menemui pengundi di tepi jalan, rumah dan premis perniagaan.

Janganlah hanya berkunjung ke perkampung­an Orang Asli di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai saja yang mempunyai 12,485 pengundi berdaftar kerana 19,524 pengundi pelbagai kaum di DUN Tanah Rata juga pastinya menantikan ceramah terbuka untuk mengetahui janji manifesto bakal Yang Berhormat mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia