Harian Metro

Tidur 3 jam

- Shaarani Ismail shaarani@nstp.com.my

 Calon BN terbiasa dengan jadual ketat

“Tidur tiga jam sehari dan masa selebihnya dihabiskan untuk urusan kempen sebagaiman­a yang sudah diatur parti tetapi ia bukanlah sesuatu yang baru bagi saya,” kata calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor.

Beliau yang juga bekas pegawai kanan polis berkata, ketika masih berkhidmat sebagai polis beliau sudah terbiasa untuk bersiap sedia dan perkara itu sebati dengan dirinya.

“Rehat walaupun sekejap-sekejap penting tetapi saya turut mengambil makanan tambahan bagi memastikan sentiasa bertenaga dan dapat bergerak dalam keadaan yang selesa.

“Saya amalkan jika ada ruang untuk rehat sekejap, maka saya akan rehat, jika perjalanan dari satu tempat ke satu tempat agak jauh jika dapat peluang untuk tidur sekejap saya akan tidur, selain buat senaman sedikit bagi pastikan saya kekal cergas.

“Biasanya rutin kempen bermula selepas solat Subuh, sebaik selesai saya akan bersarapan dan mengikut jadual kempen yang sudah ditetapkan, semalam (kelmarin) saya hanya dapat lelapkan mata selepas selesai kempen jam 3.30 pagi,” katanya yang ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Raja, semalam.

Ditanya bagaimana suasana kempen sepanjang empat hari kempen sudah berlangsun­g, Ramli berkata, setakat ini sangat positif kerana beliau anak tempatan.

Beliau yang juga berketurun­an Orang Asli dari suku Semai berkata, kempen di kawasan perkampung­an Orang Asli terasa begitu dekat kerana mereka itu adalah sebahagian daripada dirinya.

“Alhamdulil­lah, saya orang tempatan dan memahami masyarakat saya. Saya Orang Asli dan ketika pergi ke program bersama Orang Asli saya tahu apa masalah yang mereka hadapi, masalah ekonomi mereka juga saya faham,” katanya.

Ditanya sejauh mana peluang beliau untuk memenangi hati pengundi setakat ini, Ramli berkata, sambutan dan persekitar­an sepanjang kempen berlangsun­g sangat positif dan isyarat pengundi jelas.

Ramli yang difahamkan boleh memahami serba-sedikit bahasa Mandarin berkata, beliau tidaklah mahir tetapi boleh faham apa yang disampaika­n dan akan menggunaka­n sebaiknya kelebihan itu untuk mendekati pengundi dengan lebih baik. Caj tempat meletak kenderaan tinggi yang dikenakan Majlis Daerah Cameron Highlands ketika ini didakwa membebanka­n penduduk di kawasan itu.

Demikian luahan calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands M Manogaran sambil memaklumka­n caj yang dikenakan untuk tempoh seminggu itu sememangny­a tidak masuk akal.

Menurutnya, ia adalah antara masalah setempat yang dikenal pasti pihaknya selepas menerima banyak aduan daripada masyarakat berkaitan perkara itu.

“Rakyat tidak puas hati, pembayaran caj letak kereta selama tujuh hari seminggu, Ahad pun mereka kena bayar. Ipoh dan Kuala Lumpur hari Ahad pun tidak perlu bayar.

“Memandangk­an caj baru ini dikemukaka­n (berkuatkua­sa) Oktober tahun lepas, kita tidak jangka kadar bayaran dikenakan begitu tinggi, bayaran bulanan juga tinggi.

“Kita lihat di Kuantan RM52 untuk bayaran bulanan, di sini dikenakan RM80 kalau saya tidak silap, tidak tahu apa puncanya (caj tinggi),” katanya.

Beliau berkata, wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata sudah mengajukan masalah itu kepada Majlis Daerah Cameron Highlands tetapi seperti tidak dapat penjelasan yang baik.

“YB (Yang Berhormat) kita di sini sudah tulis surat rasmi kepada mereka tetapi mereka nyatakan tidak dapat turunkan caj tempat letak kereta, alasannya ia mengikut peruntukan mengikut Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan tidak boleh dipinda.

“Saya sebagai peguam mahu beritahu ini tidak betul. Mana-mana peruntukan boleh ditukar dan tidak perlu pindaan di Parlimen pun,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Program Perayaan Ponggal di Tanah Rata di sini.

 ??  ?? RAMLI mendengar permasalah­an masyarakat Orang Asli ketika berkempen di Kampung Terisu, Cameron Highlands.
RAMLI mendengar permasalah­an masyarakat Orang Asli ketika berkempen di Kampung Terisu, Cameron Highlands.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia