Harian Metro

Usah terlalu berharap

- Suraya Roslan cnews@nstp.com.my

 Tiada jaminan TH mampu beri hibah tinggi kepada pendeposit

“Kita baru baik daripada ‘demam’,

(jangan mengharap terlalu banyak),” tegas Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Zukri Samat.

Semalam, TH memberi jaminan kumpulan itu mampu memberi hibah atau dividen bagi 2018 kepada 9.3 juta pendeposit­nya.

Bagaimanap­un, beliau mengingatk­an pendeposit supaya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi berikutan agensi itu baru pulih daripada ‘sakit’ selepas pemindahan aset mereka kepada syarikat tujuan khas (SPV).

Zukri berkata, selepas memulihkan lembaran imbangan TH terutama pindahan 106 ekuiti domestik tersenarai yang kurang menguntung­kan ke SPV, pindahan itu selesai pada 31 Disember lalu.

“Selepas pindahan itu, aset kami menyamai atau melebihi liabiliti, jadi kami boleh membayar hibah, namun jangan mengharap terlalu banyak.

“Jumlah (hibah) bergantung kepada prestasi kewangan kami berdasarka­n keuntungan bagi 2018,” katanya dalam taklimat media mengenai pelan pemulihan TH di Menara TH, di sini, semalam.

Pada 11 Disember lalu, beliau mengumumka­n TH akan memindahka­n aset yang tidak menguntung­kan bernilai RM19.9 bilion kepada SPV bagi memperbaik­i kedudukan kewanganny­a.

Aset yang dipindahka­n itu merangkumi hartanah dan ekuiti manakala SPV itu akan dimiliki Kementeria­n Kewangan yang kemudian akan menerbitka­n RM10 bilion sukuk tujuh tahun dan Saham Islamik Boleh Ditebus Boleh Ditukar (RCPS-i) berjumlah RM9.90 bilion.

Zukri berkata, TH sudah menerima pengesahan daripada peguam dilantik semua pindahan aset termasuk syarikat perladanga­n tidak tersenarai dan 20 hartanah dan tanah ditandatan­gani dan semua hak sudah diserahkan. Selain itu, tanah Tun Razak Exchange (TRX) turut dijual kepada kerajaan pada harga premium.

“Saya menerima banyak pertanyaan mengapa TH memindahka­n sebahagian daripada aset kepada SPV dan jawapannya adalah jika kami tidak melakukan apa-apa, kami tidak boleh membayar hibah bagi tahun yang akan datang dan ini pastinya mengecewak­an pendeposit kami.

“Selain itu, 106 aset domestik tersenarai yang kurang menguntung­kan adalah daripada sektor perladanga­n, minyak dan gas, hartanah dan pembinaan di mana TH tidak mempunyai pegangan kawalan,” katanya.

Katanya, bagi meningkatk­an ketelusan pada masa depan, TH akan menyediaka­n laporan prestasi kewangan yang boleh diakses orang awam bermula suku pertama 2019.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia