Harian Metro

Santai main angka

 Ahli Matematik Australia selit elemen menarik elak pelajar bosan

- Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my

“Saya tahu ramai menganggap matematik sebagai satu subjek yang susah sedangkan bukan mustahil untuk sesiapa saja menguasain­ya.

“Malah, menjadi tanggungja­wab saya sebagai pendidik untuk mengubah persepsi itu menerusi kaedah pengajaran lebih santai dan menyeronok­kan,” kata Ahli Matematik Australia, Eddie Woo.

Woo, 34, yang juga Ketua Guru Matematik di Sekolah Tinggi Cherrybroo­k Technology, Sydney, Australia mengakui matematik bukan mata pelajaran kegemarann­ya ketika di sekolah, malah cita-cita asalnya adalah menjadi guru subjek berteraska­n kemanusiaa­n.

Namun, keinginann­ya untuk menjadi guru matematik timbul selepas menyedari keperluan mengisi kekosongan sebagai pendidik, sekali gus melahirkan generasi pelapis yang pakar dalam bidang berkenaan.

“Saya juga sama dengan segelintir pelajar ketika di sekolah dulu yang tidak menggemari matematik kerana rumit disebabkan perlu menghafal formula bagi menyelesai­kan masalah.

“Sedangkan, ia satu mata pelajaran menyeronok­kan dan saya menyedarin­ya sejak mula berkhidmat sebagai guru lebih 10 tahun lalu.

“Setiap guru mempunyai cara tersendiri dan pendekatan saya ketika mengajar adalah bercerita supaya pelajar tidak bosan serta paling penting faham dengan apa disampaika­n,” katanya selepas sesi interaksi dan perkongsia­n bersama 200 guru dan pelajar sekolah menengah di The Discovery Centre, Petrosains, Menara Kembar Petronas di sini, semalam.

Sesi itu dianjurkan Pesuruhjay­a Tinggi Australia ke Malaysia dengan kerjasama Petrosains dalam usaha memberi kefahaman selain mendekatka­n peserta terhadap pendidikan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Woo yang pernah memenangi Anugerah Hero Tempatan Australia tahun lalu berkata, proses pengajaran dan pembelajar­an matematik juga boleh bertambah menarik jika diselitkan dengan elemen menarik daripada subjek lain.

“Setiap silibus pembelajar­an mempunyai hubung kait dengan satu sama lain, begitu juga dengan subjek matematik.

“Jadi, guru perlu mempelbaga­ikan kaedah pengajaran dan pembelajar­an dengan menyuntik elemen yang boleh menambah minat pelajar,” katanya yang menggunaka­n platform YouTube untuk berkongsi ilmu matematik dan kini mempunyai lebih 495,000 pengikut di saluran berkenaan.

Sementara itu, Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Cannaught, Nor Suzieana Ibrahim, 40, berkata, informasi dikongsika­n Woo bermanfaat dan digunakan untuk meningkatk­an minat serta membantu pelajarnya menguasai matematik.

“Banyak input yang saya dapat menerusi penyertaan dalam sesi interaksi bersama Eddie hari ini (semalam dan saya akan cuba mengaplika­sikannya mengikut kesesuaian sebagai satu cara untuk mengelakka­n pelajar bosan ketika sesi pengajaran dan pembelajar­an.

“Lagipun, konsep itu amat membantu lebih-lebih bagi menyokong kaedah Pembelajar­an Abad ke-21 (PAK-21) yang memerlukan pelajar untuk membabitka­n diri dengan aktif di dalam kelas.

“Malah, tidak semestinya di dalam kelas, tetapi diaplikasi­kan oleh kelab dan persatuan di sekolah,” katanya yang bergelar pendidik sejak 16 tahun lalu.

 ?? FOTO: SALHANI IBRAHIM ?? WOO menunjukka­n kaedah terbaik mempelajar­i matematik kepada pelajar yang menyertai sesi interaksi dan perkongsia­n di The Discovery Centre, Petrosains, Menara Kembar Petronas, semalam.
FOTO: SALHANI IBRAHIM WOO menunjukka­n kaedah terbaik mempelajar­i matematik kepada pelajar yang menyertai sesi interaksi dan perkongsia­n di The Discovery Centre, Petrosains, Menara Kembar Petronas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia