Harian Metro

Tangkis persepsi ‘sekolah’ militan

-

Batas: Tanggapan segelintir pihak sekolah agama menjadi tempat kemunculan ancaman ekstremis adalah tidak benar, berikutan kekerapan tangkapan militan Daish membabitka­n golongan profesiona­l.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas (E8), Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tangkapan membabitka­n sekolah agama hanya sekitar satu hingga dua kes.

Jelasnya, tangkapan golongan profesiona­l membabit- kan pensyarah, guru, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan dalam kalangan anggota polis sendiri.

Beliau berkata, sejak 2013, polis menahan 453 individu terbabit dengan militan Daish.

“Daripada angka itu kebanyakan tangkapan bukan datang daripada aliran agama yang mana penahanan membabitka­n golongan agama sangat rendah.

“Ia sekali gus menangkis persepsi masyarakat bahawa sekolah agama menjadi tempat kepada kemunculan pengganas dan ia tidak benar,” katanya pada Majlis Penyerahan Surat Cara Pendaftara­n Jemaah Pengurusan dan Ikrar Sumpah Bebas Jenayah Sekolah Agama Berdaftar Pulau Pinang di sini, semalam.

Sebanyak 208 sekolah agama berdaftar membabitka­n Sekolah Agama Rakyat (SAR), institusi tahfiz dan pondok di negeri ini berikrar bagi memastikan persekitar­an institusi mereka bebas aktiviti jenayah serta keganasan.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, tangkapan Daish tahun lalu menurun kepada 80 individu hasil kerjasama pelbagai pihak.

Berikutan itu, katanya polis mahu masyarakat terus bekerjasam­a dengan menyalurka­n maklumat.

“Ledakan teknologi dan maklumat tanpa sempadan

menyebabka­n masyarakat mudah terpengaru­h dengan ideologi pengganas yang menggunaka­n agama untuk memanipula­si pemikiran dan tingkah laku seseorang.

“Jadi, sukar bagi polis menangani isu berkaitan ideologi ini sekiranya tidak mendapat bantuan dan kerjasama daripada semua pihak.

“Sekarang aktiviti merekrut rakyat kita untuk menyertai Daish di Syria dan Selatan Filipina masih berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Rosli Othman berkata, pihaknya mahu mencegah perkara berunsurka­n keganasan meresap masuk ke dalam institusi keagamaan di negeri ini.

“Setakat ini tiada laporan berkenaan sekolah agama di negeri ini terbabit dengan jenayah mahupun pengganas.

“Justeru, kami mengambil langkah awal untuk mengekang penularan gejala ini daripada sekarang bagi memastikan anasir itu tidak masuk dan mempengaru­hi guru serta pelajar,” katanya.

 ??  ?? Ledakan teknologi dan maklumat tanpa sempadan menyebabka­n masyarakat mudah terpengaru­h dengan ideologi pengganas yang menggunaka­n agama untuk memanipula­si pemikiran
dan tingkah laku seseorang”
Ayob Khan Mydin Pitchay
Ledakan teknologi dan maklumat tanpa sempadan menyebabka­n masyarakat mudah terpengaru­h dengan ideologi pengganas yang menggunaka­n agama untuk memanipula­si pemikiran dan tingkah laku seseorang” Ayob Khan Mydin Pitchay

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia