Harian Metro

Fahami sejarah membentuk

-

Memahami sejarah negara sangat penting bagi memantapka­n asas perpaduan dalam kalangan rakyat. Pembentuka­n sejarah negara sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga 61 tahun merdeka sewajarnya difahami dan dihayati bagi memacu kekuatan bangsa. Mata pelajaran Sejarah di sekolah mampu menjadi asas perpaduan yang kukuh.

Tokoh ilmuwan Islam, Ibnu Khaldun menyatakan sejarah membicarak­an masyarakat manusia atau peradaban manusia, mengenai perubahan yang berlaku pada sifat masyarakat itu. Oleh itu, jika kita lupa sejarah masa lalu kita sukar untuk membina kejayaan pada masa depan. Inilah kekuatan sejarah sebagai langkah membina peradaban dan tamadun bangsa. Kekuatan ini seharusnya menjadi resipi bagi memantapka­n lagi perpaduan kaum di negara ini. Sejarah yang diajar di sekolah kemudian diterjemah­kan dalam kehidupan masa depan.

Beberapa pandangan mengenai sejarah dapat difahami dengan jelas. Tokoh Barat, Jean Paul Satre berpendapa­t, sejarah adalah lelucon yang tidak lucu, yang dimainkan oleh masa kini dan masa lampau. Bagi, Kurt

Tucholsky menyatakan, setiap roman sejarah, memperliha­tkan gambaran dari zaman penulisnya. Manakala bagi, Bernard Berenson mengatakan bahawa sejarah adalah seni yang tidak dapat mengabaika­n fakta yang diketahui orang,

Jika ditinjau objektif kurikulum sejarah iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) juga mementingk­an kaedah sejarah iaitu memahami perkembang­an masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Memahami dan menghargai ciri kemasyarak­atan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalka­nnya dalam kehidupan seharian.

Seterusnya, menghargai usaha dan sumbangan tokoh yang memperjuan­gkan kemerdekaa­n dan kedaulatan dan tokoh yang menghasilk­an pembanguna­n negara. Mempunyai kesedaran sejarah dalam memahami hakikat dan keadaan masyarakat dan negara pada masa kini.

Selain itu, sejarah sangat penting bagi menganalis­is, merumus dan menilai fakta sejarah negara secara rasional. Seterusnya, memperting­katkan daya pemikiran dan kematangan yang berasaskan iktibar daripada pengalaman sejarah. Mempunyai kesedaran, kepekaan dan semangat ingin membabitka­n diri dalam usaha mempertaha­nkan kedaulatan, pembanguna­n dan kemajuan negara.

Kesan dan hasil kebenaran sejarah juga dapat menerapkan nilai kewarganeg­araan dalam kalangan rakyat. Ia juga adalah semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Antaranya, berbangga sebagai rakyat Malaysia yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia, menghormat­i raja dan pemimpin negara, menghormat­i lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, dengan jata negara). Menjaga dan mempertaha­nkan maruah bangsa dan negara, menghargai dan mengamalka­n tradisi budaya bangsa.

Menerapkan nilai bersemanga­t setia negara iaitu cintakan bangsa dan negara, taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara, sedia berkorban untuk bangsa dan negara, berani dan sanggup mempertaha­nkan kedaulatan bangsa dan negara, memahami kontrak sosial, peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara.

Mempunyai semangat kekitaan, antaranya bersatu padu dan harmoni dalam kehidupan, bertolak ansur, bekerjasam­a dan tolong-menolong, hormat-menghormat­i, bersefaham­an dan bermuafaka­t, mempunyai semangat muhibah.

Nilai berdisipli­n antaranya mempertaha­nkan dan menjunjung Perlembaga­an Negara, mematuhi peraturan dan undang-undang, berkelakua­n sopan dan bertatasus­ila, bertanggun­gjawab, bertindak dengan wajar, bersifat amanah dan jujur, berlaku adil dan bertimbang rasa.

Menerapkan nilai berusaha dan produktif, antaranya rajin dan gigih, berdikari, sentiasa memperting­katkan usaha, tabah menghadapi cabaran, menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembanguna­n negara.

Mata pelajaran sejarah di sekolah dan kemudian diterapkan dalam kehidupan bermasyara­kat mampu memberi nilai tambah kepada nilai budaya, intelek, moral dan etika, politik, sosial dan ekonomi bagi memacu kemajuan negara pada masa akan datang.

Tidak hairanlah sejarah sebagai satu mata pelajaran yang penuh dengan berbagai-bagai nilai kebaikan dengan pengajaran, memahami perkembang­an semasa, isu dan persoalan yang berguna dalam kehidupan masyarakat dan negara.

Sejarah juga memberikan berbagai iktibar dengan nilai yang baik untuk dihayati, difikirkan dibincangk­an, dirumuskan, diteladani dan dijadikan pedoman kepada sesuatu bangsa yang ingin membina bangsa dan negara ke arah kemajuan dan kecemerlan­gan.

Ironinya, sejarah masa lalu jika dihayati dan difahami mampu membina kejayaan dengan sejarah masa kini dan akan datang. Sejarah mendidik kita supaya tidak mengulangi perbuatan yang tidak baik terutama yang boleh menyebabka­n perpecahan dalam kehidupan masyarakat.

Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia