Harian Metro

Fitnah akhir zaman

-

Manusia pertama diciptakan Allah adalah Adam a.s dan Hawa. Kedua-duanya tidak berbin serta berbinti sesiapa pun.

Kita semua yang hidup sekarang adalah umat terakhir bagi nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW.

Baginda juga adalah penutup kepada semua nabi dan rasul. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang daripada orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala nabinabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Ahzaab, ayat 40)

Kita perlu bersyukur, bertuah dan bangga apabila dipilih Allah SWT menjadi umat Nabi Muhammad SAW.

Percaya kepada apa yang disampaika­n Baginda adalah kesempurna­an iman bagi seseorang mukmin. Mungkin ada yang masih sangsi mereka berada di penghujung zaman.

Terdapat hadis disebut oleh Nabi SAW yang dimulakan dengan, “... akan tiba satu hari, “... sesungguhn­ya menjelang datangnya kiamat, “... pasti akan terjadi pada umatku...” semua itu kita menyangka merujuk kepada zaman yang bakal berlaku di hadapan kita ratusan tahun lagi.

Sebenarnya, semua yang dinyatakan itu zaman yang kita hidup pada hari ini. Akhir zaman itu adalah mengenai kisah diri kita.

Kata-kata Nabi SAW itu benar dan ia sedang dan sudah berlaku. Antara peristiwa fitnah akhir zaman yang berlaku kepada umat Islam hari ini adalah penyakit cinta dunia dan takutkan mati.

Ramai umat Islam terperangk­ap dengan kekayaan harta, pangkat dan wanita sehingga mereka takut kehilangan­nya.

Bahana penyakit ‘al-wahn’ itu turut menjadikan umat Islam bangga dengan Barat. Malah ada yang menyalahka­n agama sendiri kerana dianggap terkebelak­ang, mundur dan kolot serta berasa malu beramal dengan ajaran Islam.

Sebuah hadis daripada Tsauban, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Akan tiba masanya umat (manusia merujuk Yahudi Nasrani) yang ramai mengelilin­gi kalian seperti orang-orang yang mengerumun­i (jamuan) hidanganny­a. Maka ada seseorang bertanya: Apakah kerana sedikitnya bilangan kami (kaum Muslimin).

Baginda menjawab: Bahkan ramai tetapi mereka (umat Islam) pada masa itu ibarat buih-buih air

(di lautan). Sungguh Allah mencabut rasa takut daripada dada musuh kamu dan menimpakan penyakit al-wahn. Seseorang bertanya: Apakah penyakit al-wahn itu ya Rasulullah. Baginda menjawab: Cinta dunia dan takutkan mati.” (Hadis riwayat Ahmad)

Selain itu, ajaran Islam akan menjadi asing atau dianggap tidak sesuai dengan zaman. Asing itu bukan bermakna Islam tidak dikenali, bahkan pengikut umat Islam adalah agama yang mempunyai ramai pengikutny­a.

Dalam hadis daripada Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Islam bermula dalam keadaan asing dan kelak ia akan kembali asing sebagaiman­a dahulu ia bermula dalam keadaan asing dan sesungguhn­ya Islam akan kembali ke sarangnya di antara dua masjid (Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah) sebagaiman­a seekor ular akan kembali masuk ke lubang sarangnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Kita dapat saksikan pada hari ini ada individu atau masyarakat yang mengamalka­n ajaran mengikut syariat Islam, sunah dan akhlak Rasulullah SAW, namun dipulau dan dipandang serong.

Sedangkan, fahaman liberalism­e dan kes perlakuan songsang bertentang­an dengan fitrah seperti lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) diangkat serta dipertahan­kan sehinggaka­n golongan yang memperjuan­gkan hak itu diberi peruntukan undangunda­ng.

Ada segelintir umat Islam menyokong dan turut terpengaru­h dengan perjuangan golongan itu.

Pada akhir zaman juga menyebabka­n ramai orang merasakan diri mereka bijak. Golongan ulama dicerca dan diperlekeh. Golongan berilmu bersifat ego manakala pengikutny­a pula begitu taasub.

Golongan ilmuwan juga kerap bertelagah yang tidak langsung mencermink­an ketokohan ilmunya. Tidak seperti golongan ilmuwan terdahulu, mereka

 Umat Islam terlalu cintakan dunia hingga takutkan mati

sangat menjaga adab ketika berdepan perbezaan pendapat.

Begitu juga, akhir zaman dikaitkan dengan peristiwa pembunuhan kejam yang dilakukan secara beramairam­ai. Situasi yang dinyatakan itu menepati hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kiamat tidak akan terjadi sehingga banyak ‘harj’. Sahabat bertanya: Apakah ‘harj’ itu wahai Rasulullah?”

Baginda bersabda: “Pembunuhan. (demi) pembunuhan.” Sebahagian umatku yang dirahmati, mereka tidak akan dihisab dan tidak akan diseksa sama sekali di akhirat, seksa yang pernah dialaminya adalah pembunuhan, gempa dan fitnah (kekacauan).” (Hadis riwayat Hakim)

Pada akhirnya, kita semua nanti akan ‘berpindah’ ke satu tempat yang tiada lagi kematian iaitu ke syurga atau neraka.

Penulis wartawan Harian Metro

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia