Harian Metro

Orang banyak makan malas bangun solat malam

-

Adam, cukuplah beberapa suap untuk menegakkan tulang belakangny­a. Kalau pun tidak ada cara lain (mesti melebihi beberapa suap), hendaklah dia membahagik­annya kepada sepertiga, sepertiga untuk makan, sepertiga untuk minum dan sepertiga (ruang kosong untuk pernafasan­nya.” (Riwayat atTirmizi)

Dalam konteks spiritual, umat Islam perlu mengamalka­n amalan bangun malam seperti dilakukan Nabi Muhammad SAW.

Baginda diingatkan supaya bangun malam menerusi firman Allah SWT dalam Surah al-Muzammil, ayat 1 hingga 4 yang bermaksud: “Wahai orang yang berselimut! Bangun (solat tahajud) pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (untuk berehat). Iaitu separuh daripada waktu malam, ataupun kurangkan sedikit daripada separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadany­a dan baca al-Quran dengan tartil.”

Berdasarka­n ayat itu, bangun malam iaitu pada sepertiga malam terakhir bagi melaksanak­an solat sunat tahajud, witir, hajat, istikharah dan membaca al-Quran adalah cara untuk lebih mendekatka­n diri kepada Allah SWT.

Syaitan sentiasa berusaha supaya manusia terus tidur sehingga menjadikan manusia lalai, akhirnya mengabaika­n tanggungja­wab mereka melaksanak­an ibadat malam serta solat Subuh pada awal paginya.

Secara khusus, Allah SWT memerintah­kan hamba-hamba-Nya menunaikan solat tahajud sebagai ibadat tambahan dan Allah akan menyediaka­n tempat terpuji di sisi-Nya.

Nabi SAW juga pernah ditanya, pada waktu bila doa manusia lebih didengar oleh Allah? Lalu Baginda menjawab, “Pada waktu tengah malam dan pada waktu akhir setiap solat fardu (sebelum salam).”

Sehubungan itu, bagi memudahkan kita bangun beribadat, Rasulullah SAW menganjurk­an supaya berwuduk sebelum tidur.

Abu Hurairah meriwayatk­an, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Syaitan mengikat bahu kamu ketika tidur dengan tiga ikatan. Setiap ikatan itu diperkuatk­an dengan ungkapan (syaitan), ‘Malam masih panjang, tidurlah.’

Jika dia bangun lalu mengingati Allah, satu ikatan akan terlerai, Jika dia berwuduk, maka satu ikatan lain akan terlerai. Jika dia mengerjaka­n solat, semua ikatan akan terlerai. Akhirnya, dia menjadi segar dan jiwa yang bersih. Jika tidak, dia akan bangun dengan jiwa kotor yang diliputi rasa malas.” (Riwayat Bukhari)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia