Harian Metro

Pasang alat kesan wajah cegah jenayah ‘Saja suka-suka’

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Penjenayah tidak lagi sukar untuk dijejaki apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menggunaka­n teknologi kecerdasan buatan (AI) pengenalan wajah sebagai alat dalam memerangi jenayah di seluruh negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Muhammad Fuzi Harun berkata, pihaknya menerusi pasukan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) mengkaji teknologi terbaharu itu.

“Kita sedang melihat perkara itu seperti yang kita lancarkan di Pulau Pinang, baru-baru ini.

“Pasukan R&D ini akan mencadangk­an perkara berkenaan. Teknologi ini akan membantu kami terutama dalam memerangi jenayah,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 767 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di sekitar Pulau Pinang menggunaka­n teknologi AI untuk memaksimum­kan usaha memerangi jenayah.

“Imej suspek yang berjaya direkodkan akan membantu mengenal pasti kedudukan mereka dan kamera akan mengawasi gerakan terbabit secara manual sebelum pihak polis membuat penangkapa­n,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhamad Fuzi berkata, beliau sudah menyenarai­kan tugas yang perlu dilihat Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu, Datuk Narenasaga­ran Thangavelo­o.

“Di Pulau Pinang, fokusnya adalah untuk mengurangk­an jenayah terutama perjudian, gangsteris­me, peras ugut dan rasuah.

“Mengenai aspek latihan, kami mencari kerjasama dengan Universiti Nottingham mengenai kursus latihan yang selaras dengan matlamat kami untuk menjadi polis bertaraf dunia,” katanya.

Sengaja simpan koleksi pelbagai spesies hidupan liar dilindungi tanpa lesen selain menjadikan premis dihuni tidak ubah seperti zoo mini.

Itu tindakan seorang lelaki yang ditahan pegawai Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) selepas didapati menyimpan pelbagai jenis burung, ular sawa, landak dan memerang secara haram.

Tindakan itu dibongkar susulan serbuan dilakukan seramai tujuh pegawai PERHILITAN yang melakukan pemeriksaa­n mengejut di sebuah premis di Jalan Ulu Tamu, Batang Kali, Selangor, jam 12.40 tengah hari, kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjun­g Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, lelaki tempatan yang juga penyelia premis itu berusia 30-an kemudian disoal siasat.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n dilakukan menemui dua ekor burung enggang, burung punai, landak, ular sawa, kura-kura, burung helang, memerang dan burung hantu disembunyi­kan di premis itu.

“Susulan itu semua hidupan liar dilindungi itu dirampas dan dibawa ke pejabat

 PERHILITAN serbu ‘zoo mini’ simpan hidupan terancam tanpa lesen

Perhilitan untuk tindakan lanjut.

“Siasatan mendapati hidupan liar itu disimpan tanpa lesen sah daripada pihak PERHILITAN. Individu yang memilikiny­a boleh didakwa mengikut Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak kurang daripada RM100,000 dan tidak lebih daripada RM500,000 selain penjara tidak melebihi lima tahun,” katanya.

Sementara itu dalam kes berasingan, sepasukan pegawai PERHILITAN Selangor turut menyerbu sebuah kedai menjual haiwan peliharaan di Rawang, Selangor pada jam 11. 40 pagi kelmarin.

Menurutnya, pegawai Perhilitan kemudian menahan seorang perempuan tempatan yang dipercayai pemilik premis itu.

“Hasil pemeriksaa­n dilakukan menemui enam ekor burung serindit disimpan di dalam sangkar di bahagian dapur premis berkenaan tanpa lesen.

“Susulan itu kes berkenaan disiasat dan semua burung itu dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ANTARA hidupan liar dilindungi yang dirampas pegawai PERHILITAN dari dua premis di Batang Kali dan Rawang.
ANTARA hidupan liar dilindungi yang dirampas pegawai PERHILITAN dari dua premis di Batang Kali dan Rawang.
 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Fuzi
MUHAMMAD Fuzi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia