Harian Metro

KPKT kaji kesan terhadap kesihatan

-

Putrajaya: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengkaji kesan sisa plastik import terhadap kesihatan manusia.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata, ketika ini tiada kajian khusus mengenainy­a berkaitan perkara itu.

Beliau berkata demikian mengulas kebimbanga­n Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Prof Dr Ahmad Ismail berhubung isu negara ini mengimport sisa plastik termasuk dari negara maju.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, sekiranya ada keperluan mendesak dan isu kesihatan itu serius pihaknya akan mengambil tindakan selanjutny­a.

Pada masa sama, katanya, KPKT akan mengkaji semula denda RM300 untuk kesalahan kilang haram.

“Kesalahan pertama denda RM300 begitu juga denda kesalahan kedua dan ketiga.

“Kita akan kaji akta supaya hukuman lebih berat dikenakan,” katanya selepas sesi taklimat bersama orang awam dan badan bukan kerajaan (NGO) di sini, semalam.

Dalam perkembang­an sama, Zuraida berkata, syarikat pengimport sisa plastik akan dikenakan bayaran fi bagi lesen, verifikasi serta caj bagi setiap tan sisa plastik diimport.

Menurutnya, keputusan bagi kadar caj dan bayaran berkenaan diputuskan sebulan lagi.

“Selama ini sisa plastik yang diimport ke dalam negara tidak pernah dikenakan cukai, cuma kilang bayar lesen kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), itu saja mereka bayar, tapi dari segi cukai import tidak ada.

“Jadi syarat baharu kita akan kenakan bayaran fi untuk lesen, verifikasi dan caj kepada setiap tan yang diimport,” katanya.

 ??  ?? ZURAIDA
ZURAIDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia