Harian Metro

Mujahid belum terima laporan rasmi isu lambang salib

-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, beliau belum menerima laporan rasmi berhubung isu paparan lambang salib di Grace Residence, Jelutong, Pulau Pinang.

Menurutnya, beliau sudah berhubung dengan pihak Mufti Pulau Pinang dan kerajaan negeri berhubung perkara itu dan berharap ia akan diterima secepat mungkin.

Beliau berkata, isu paparan salib berkenaan perlu diteliti sama ada ia dilakukan dengan niat untuk menimbulka­n keresahan dan sensitivit­i agama atau hanya sekadar struktur saja.

“Kadangkala kita tengok sesuatu struktur itu nampak macam salib, malah kalau kita depa tangan ketika berdiri, itu pun boleh dianggap sebagai salib.

“Isunya di sini, adakah ia dilakukan dengan niat atau sebaliknya. Saya difahamkan kalau dipasang lampu (pada bangunan itu), ia bukan tanda salib, tetapi perkataan bahasa Mandarin yang membawa makna ‘ong’ (tuah).

“Saya tidak tahu, itu kata orang... saya belum menerima laporan rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n Skim Bantuan Khas Kanak-Kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) Baitulmal oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) di sini, semalam. Kementeria­n Sumber Manusia sedang menunggu laporan penuh berhubung kejadian pegawai Institut Latihan Perindustr­ian (ILP)

Kota Bharu, menendang motosikal penuntut sehingga tular di media sosial,

Jumaat lalu.

Timbalan Menterinya Datuk Mahfuz Omar berkata, kementeria­n memohon maaf khususnya kepada ibu, bapa dan penuntut serta orang ramai ekoran kejadian terbabit.

“Perkara ini sangat mengecewak­an dan tidak sepatutnya berlaku. Kita masih lagi menunggu laporan penuh berhubung insiden terbabit daripada Jabatan

Tenaga Malaysia (JTM).

“Kita akan melihat perkara ini daripada semua aspek sebelum sebarang tindakan lanjut diambil,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Institut

Teknikal Jepun Malaysia (JMTi) di Simpang

Ampat di sini, semalam.

Video Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) ILP Kota Bharu Mohamad Hazmi Noordin menendang motosikal penuntut menjadi bualan dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia