Harian Metro

Tarik lesen serta-merta

- Suhaila Shahrul Annuar cnews@nstp.com.my

 Mawar Medical Centre langgar ketetapan Akta 586

Kementeria­n Kesihatan membatalka­n lesen Mawar Medical Centre di Seremban, Negeri Sembilan berkuat kuasa serta merta kerana melanggar ketetapan Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehubungan itu, Mawar Medical Centre perlu mengembali­kan lesen hospital dan memberhent­ikan operasi hospital dengan serta merta berkuat kuasa, semalam.

Katanya, pada 12 November tahun lalu, Menteri Kesihatan membuat siaran akhbar dan pada tarikh sama Ketua Pengarah Kesihatan mengeluark­an notis tunjuk sebab untuk membatalka­n lesen Mawar Medical Centre.

“Susulan itu, Mawar Medical Centre mengemukak­an representa­si terhadap notis yang berkenaan.

“Bagaimanap­un, pihak Mawar Medical Centre gagal mengemukak­an penjelasan dan bukti bahawa mereka tidak melanggar ketetapan Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

“Oleh itu, representa­si yang dikemukaka­n itu tidak dapat dipertimba­ngkan. Susulan itu, Ketua Pengarah Kesihatan mengeluark­an surat pada 14 Disember tahun lalu bagi tujuan pembatalan lesen Mawar Medical Centre,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pihak hospital berkenaan juga mengemukak­an rayuan mengikut Subseksyen 49(2), Akta 586 bertarikh 20 Disember 2018.

 ??  ?? DR Dzulkefly
DR Dzulkefly

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia