Harian Metro

25 disiasat kemuka penyata bank palsu

-

Kota Kinabalu: Seramai 25 individu terdiri pemilik dan pengurus syarikat ditahan di negeri ini bagi membantu siasatan berkaitan pemalsuan dokumen dan mengemukak­an penyata bank palsu bagi mendapatka­n tender Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dari 2016 hingga 2018.

Daripada jumlah itu, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 13 pengurus syarikat kontraktor termasuk tiga wanita di daerah ini berkaitan pemalsuan dokumen bagi mendapatka­n tender di JPNS.

Difahamkan, semua suspek berusia 30-an hingga 60-an itu ditahan di beberapa lokasi kelmarin, terdiri pengurus syarikat kontraktor dari Kota Kinabalu, Kota Belud, Kuala Penyu, Beaufort dan Ranau yang membabitka­n nilai tender keseluruha­n bernilai RM6 juta.

Semua mereka direman lima hari mulai semalam ini bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukak­an dokumen palsu untuk mendapatka­n tender.

Perintah tahanan reman itu dikeluarka­n Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, semalam, manakala prosiding bagi mendapatka­n perintah reman itu dikendalik­an Pegawai Pendakwa SPRM, Faliq Basiruddin.

Di Tawau, lima individu direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan dokumen penyata bank bagi mendapatka­n tender bernilai hampir RM9 juta.

Perintah reman dikeluarka­n Majistret Herlina Muse di Mahkamah Majistret di sini, selepas membenarka­n permohonan SPRM.

Suspek iaitu tiga wanita dan dua lelaki berusia 35 hingga 65 tahun ditahan di pejabat SPRM Tawau dan beberapa lokasi lain antara jam 1.20 tengah hari hingga 9 malam kelmarin.

 ??  ?? ANGGOTA SPRM membawa 13 individu di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu untuk mendapatka­n perintah tahanan reman.
ANGGOTA SPRM membawa 13 individu di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu untuk mendapatka­n perintah tahanan reman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia