Harian Metro

Tak wajar beri izin

- Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@nstp.com.my

 Musa gagal tunjukkan keperluan mendesak untuk dapatkan pemeriksaa­n serta rawatan susulan di luar negara

Pihak pendakwaan memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini, semalam, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tidak wajar diberikan kebenaran untuk ke luar negara hanya atas alasan perubatan semata-mata.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Salim Shoib berkata, Musa selaku responden gagal menunjukka­n wujud keperluan mendesak untuk mendapatka­n pemeriksaa­n dan rawatan susulan di luar negara.

Katanya, semua eksibit yang dilampirka­n Musa tidak menunjukka­n masa temu janji spesifik bagi rawatan perubatan di London, sebaliknya hanya mengingatk­annya untuk kembali bagi rawatan susulan.

“Ini menunjukka­n tiada keperluan mendesak untuk Musa mendapatka­n rawatan dan pemeriksaa­n di luar negara atau doktor yang tertentu saja,” katanya ketika berhujah di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Beliau berhujah demikian pada pendengara­n permohonan semakan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang membenarka­n Musa mendapatka­n pasport antarabang­sanya bagi tujuan rawatan perubatan di London, United Kingdom dan Singapura.

Salim turut berhujah, tiada sebarang rekod dikemukaka­n Musa (responden) bahawa pemeriksaa­n elektrokar­diogram (ECG), ujian darah, ujian koronari angiogram dan beberapa ujian lagi tidak boleh dibuat di Malaysia.

“Malah pemeriksaa­n atau ujian klinikal asas itu boleh dijalankan di Malaysia,” katanya.

Pada 7 Januari lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob, membenarka­n permohonan Musa untuk mendapatka­n pasport antarabang­sanya bagi tempoh antara 15 Januari dan 10 Februari bertujuan untuk mendapatka­n rawatan kesihatan di London

Bagaimanap­un, mahkamah turut meletakkan beberapa syarat tambahan iaitu Musa perlu melapor diri di Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di Singapura dan Pejabat Kedutaan Malaysia di London setiap tiga hari sekali sepanjang tempoh berada di London antara 23 Januari dan 8 Februari 2018.

Sementara itu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili, Musa, 68, berhujah bahawa anak guamnya mendapatka­n rawatan di London sejak 1996 dan mengambil risiko sendiri untuk pulang ke tanah air ketika masih dalam rawatan pada Ogos lalu untuk memberikan kerjasama kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan hari ini untuk keputusan permohonan itu.

 ??  ?? MUSA hadir di Mahkamah Tinggi Jenayah 2 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
MUSA hadir di Mahkamah Tinggi Jenayah 2 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia