Harian Metro

Dua pekerja kilang cari pelanggan untuk pelacuran didenda

-

Petaling Jaya: Dua pekerja kilang warga Bangladesh masing-masing dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan mencari pelanggan bagi kegiatan pelacuran untuk warga asing, dua tahun lalu.

Hakim Hilmiah Yusof menjatuhka­n hukuman itu terhadap Sariful Islam dan Atikur Rahman, yang masing-masing berusia 26 tahun selepas kedua-duanya menukar pengakuan kepada bersalah apabila pertuduhan pilihan dibacakan dalam bahasa Benggali.

Mahkamah turut memerintah­kan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara selama dua bulan sekiranya mereka gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pilihan, mereka bersama-sama dua lagi yang sudah dijatuhi hukuman, ketika kejadian bekerja sebagai penjaga pintu premis itu didapati mencari langganan bagi maksud persundala­n di sebuah premis di 1-G-11, A-1-22A dan A-2-22A, Pusat Perdaganga­n BS, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan jam 10 malam, pada 27 Oktober 2017.

Dakwaan kes itu dilakukan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarka­n fakta kes, sepasukan polis membuat serbuan di tempat kejadian dan mendapati dua lelaki yang menjaga pintu premis persundala­n itu mencari pelanggan dengan cara menawarkan, mengajak dan mengutip wang pelanggan yang diperoleh melalui aktiviti terbabit.

Dalam serbuan itu, barangan yang dirampas adalah 10 keping kondom, dua tiub pelincir, keratan kertas yang mengandung­i bayaran khidmat seks serta wang tunai bernilai RM780, di mana pelanggan pusat pelacuran terbabit kebanyakan­nya terdiri daripada pekerja warga asing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia