Harian Metro

Kekal jel 20 bulan rasuah RM200

-

Setar: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, mengekalka­n hukuman penjara 20 bulan dan denda RM20,000 ke atas seorang bekas anggota polis berpangkat sarjan detektif didakwa menerima rasuah RM200 empat tahun lalu.

Pesuruhjay­a Kehakiman Abu Bakar Katar, memutuskan demikian terhadap Azahar Abdul Aziz, 55, selepas menolak rayuan lelaki itu terhadap sabitan dan hukuman dikenakan kepadanya oleh Mahkamah Sesyen dua tahun lalu.

Dalam penghakima­nnya, Abu Bakar berkata, mahkamah sudah meneliti rekod rayuan dan penghujaha­n bertulis yang difailkan.

Beliau berkata, mahkamah berpendapa­t pendakwaan tidak boleh menerima bukti rakaman perbualan telefon kerana tiada izin pintasan daripada Timbalan Pendakwa Raya.

Menurutnya, bagaimanap­un mahkamah masih bergantung kepada keterangan lisan saksi-saksi.

“Hakim Mahkamah Sesyen bertindak secara betul apabila memutuskan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.

“Hakim Mahkamah Sesyen juga secara betul apabila pada akhir kes pemberian memutuskan perayu gagal mematahkan anggapan undang-undang mengikut Seksyen 50 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009,” katanya.

Abu Bakar berkata, mahkamah juga berpendapa­t hukuman yang dijatuhkan tidaklah berlebihan.

Mengikut pertuduhan Azahar, ketika itu bertugas di Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Kedah, melalui panggilan telefon kepada Sulaiman Sahbudin, 30, iaitu pengadu secara rasuah bersetuju menerima suapan RM200.

Prosiding kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya SPRM A Hafiizh Abu Bakar manakala Azahar diwakili Datuk Naran Singh.

Mahkamah bagaimanap­un membenarka­n permohonan perayu untuk menangguhk­an pelaksanaa­n hukuman sehingga esok bagi membolehka­n rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.

 ??  ?? AZAHAR gagal mengenepik­an hukuman penjara 20 bulan dan denda RM20,000 selepas Mahkamah Tinggi Alor Setar menolak rayuannya.
AZAHAR gagal mengenepik­an hukuman penjara 20 bulan dan denda RM20,000 selepas Mahkamah Tinggi Alor Setar menolak rayuannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia