Harian Metro

Pertimbang intai penjara lain

- Mohd Sabran Md Sani cnews@nstp.com.my

Polis tidak menolak siasatan membabitka­n sindiket pengedaran dadah yang disyaki menyeludup bahan terlarang itu untuk kegunaan tahanan di Penjara Simpang Renggam akan diperluask­an ke penjara lain.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, komitmen itu bagi melihat pelbagai aspek siasatan hasil kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaska­n sindiket berkenaan.

“Itu kena lihat dulu (memperluas­kan siasatan ke penjara lain) apa yang berlaku, siasatan yang kita buat di Simpang Renggam (Johor), sama ada dari segi jaringan, memperting­katkan siasatan dan semuanya kita akan kaji.

“Saya tidak boleh jawab (pembabitan orang dalam penjara), sebab ia masih dalam siasatan dan kes itu baru lagi (pendedahan),” katanya dalam sidang media di Dewan Produktivi­ti MPC, di sini, semalam.

Ditanya sama ada siasatan dijalankan membabitka­n penjara lain atau pembabitan rakan sindiket, beliau berkata koordinasi bersama Jabatan Penjara sudah lama dilaksanak­an.

“Sebenarnya, koordinasi kita dengan Jabatan Penjara dalam hal ini sudah lama wujud. Ini salah satu yang kita dapat dedahkan dan kita dapat tangkap hasil kerjasama kita yang rapat.

“Jadi, kita tidak berhenti (siasatan) sebab apa, ini kita tahu sudah berlaku. Jadi, kita akan teruskan lagi usaha (mencari jaringan sindiket),” katanya.

Bagi pihak Polis Johor, beliau mengucapka­n tahniah atas kerjasama kedua-dua pihak dalam mematahkan sindiket dadah di penjara.

 ??  ?? MOHD Khalil (tengah) bersama peserta yang mengikuti Program Aspirasi
Keselamata­n Untuk Kesejahter­aan Awam di Bandar Baru Uda.
MOHD Khalil (tengah) bersama peserta yang mengikuti Program Aspirasi Keselamata­n Untuk Kesejahter­aan Awam di Bandar Baru Uda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia