Harian Metro

Rampas 96 tan dadah RM394j

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

 Rampasan tahun lalu terbesar dicatatkan sepanjang 22 tahun penubuhan JSJN

Kejayaan membanggak­an apabila lebih 96 tan dadah bernilai RM394 juta dirampas sepanjang tahun lalu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkortik (JSJN).

Rampasan dadah sepanjang tahun lalu adalah rampasan terbesar dicatatkan JSJN sepanjang 22 tahun penubuhan jabatan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, JSJN berjaya merampas pelbagai jenis dadah berjumlah 96,477.68 Kilogram (kg) dianggarka­n bernilai RM394.23 juta.

Katanya, hasil rampasan itu pihaknya berjaya menahan 164,914 individu membabitka­n pelbagai kesalahan berkaitan dadah.

“Daripada jumlah tangkapan berkenaan, 25,522 individu ditahan kerana membekalka­n dadah, 62,542 individu kerana memiliki dadah dan selebihnya, 76,850 individu ditangkap kerana positif dadah.

“Daripada jumlah itu, seramai 155,316 individu adalah warga tempatan, manakala selebihnya adalah warga asing.

“Jenis dadah sintetik dirampas membabitka­n syabu sebanyak 4,587.19kg, ketamin 217.13 kg, pil Erimin 5 909.20kg, pil yaba 226.11kg dan pil ekstasi 143.66kg. Manakala dadah tradisiona­l pula seperti ganja sebanyak 1,880.82kg dan heroin 731kg,” katanya.

Di samping itu, Mohamad Fuzi berkata, nilai sitaan harta hasil penahanan itu adalah sebanyak RM90.1 juta dan nilai harta yang dilucutkan hak pula adalah RM20.65 juta.

“Pada tahun ini JSJN mengorak langkah yang baik dalam usaha memerangi masalah dadah. JSJN berjaya melakukan tangkapan terhadap dua sindiket melalui dua operasi dilaksanak­an di Johor dan Perak, pada Sabtu lalu.

“Menerusi serbuan itu seramai lapan individu ditahan dan kita merampas 579.38kg syabu, 16.4kg heroin dan 940 pil ekstaksi dianggarka­n bernilai RM29.28 juta,” katanya.

 ??  ??
 ?? Mohamad Fuzi ?? JSJN berjaya melakukan tangkapan terhadap dua sindiket melalui dua operasi dilaksanak­an di Johor dan Perak, pada Sabtu lalu”
Mohamad Fuzi JSJN berjaya melakukan tangkapan terhadap dua sindiket melalui dua operasi dilaksanak­an di Johor dan Perak, pada Sabtu lalu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia