Harian Metro

Tindakan drastik buru sindiket jenayah keldai akaun

-

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyaranka­n agar agensi penguat kuasa di negara ini melaksanak­an tindakan lebih drastik untuk memburu sindiket yang mendalangi jenayah keldai akaun.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, jenayah keldai akaun di negara ini kini berada di peringkat serius memandangk­an semakin ramai rakyat Malaysia terjebak dan ada yang dikenakan tindakan mengikut undang-undang meskipun ti- dak terbabit secara langsung.

Katanya, pihak persatuan sendiri menerima aduan hingga 60 ke 70 kes sejak kebelakang­an ini daripada mangsa yang dipergunak­an dan kebanyakan mereka tidak sedar terbabit dengan aktiviti jenayah itu.

“Pihak penguatkua­sa seperti polis, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) termasuk Peguam Negara perlu melihat isu dengan lebih serius kerana ketika ini, mereka yang ditahan kebanyakan­nya adalah pemilik akaun saja.

“Bagaimanap­un, pihak yang mendalangi jenayah itu masih ramai yang bebas dan menggunaka­n pelbagai cara untuk

memperdaya­kan mangsa. Mereka yang ditangkap biasanya tidak tahu akaun bank mereka disalah guna dan itu tidak membuktika­n mereka terbabit,” katanya di sini semalam.

Nadzim berkata, agensi penguat kuasa mempunyai pelbagai kaedah yang mampu dilakukan untuk mengesan sindiket dan tidak harus memberikan fokus kepada pemilik akaun bank sahaja.

“Sudah tentu mereka boleh cari mereka yang terbabit kerana ATM (mesin pengeluara­n wang automatik) sendiri mempunyai kamera. Cari orang yang mengeluark­an wang menerusi akaun itu kerana dia adalah sebahagian daripada sindiket berkenaan,” katanya.

Beliau mendakwa, jenayah membabitka­n ‘keldai akaun’ kini didalangi orang tempatan dan bukan sahaja warga Nigeria seperti sebelum ini.

 ??  ?? NADZIM
NADZIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia