Harian Metro

Sambut baik usaha tangani impak negatif globalisas­i kewangan

-

Bank Negara Malaysia (BNM) menyambut baik sebarang usaha untuk memperkuku­h jaringan keselamata­n kewangan serantau dan global bagi menangani impak negatif globalisas­i kewangan serta memastikan aliran modal yang lebih selamat.

Atas dasar itu, Penolong Gabenor BNM Marzunisha­m Omar berkata, negara ASEAN+3 (China, Jepun dan Korea Selatan) mencatat pencapaian penting di bawah Inisiatif Pelbagai Hala Chiang Mai apabila saiz dana itu berlipat ganda kepada AS$240 bilion pada 2014.

“Bagi kemajuan masa depan, perkara penting yang perlu dipertimba­ngkan adalah menyertaka­n pelbagai pengaturan dan jaringan keselamata­n kewangan serantau dengan jaringan keselamata­n Tabung Kewangan Antarabang­sa dalam satu kerangka terperinci yang dapat memperting­katkan aspek saling melengkapi.

“Ini juga sekali gus dapat memperting­kat keberkesan­an ekonomi negara sedang pesat membangun dalam menangani ketidakten­tuan aliran modal jangka pendek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidanga­n

Bank Dunia bertajuk

di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Marzunisha­m berkata, aspek kedua adalah keperluan bagi ekonomi sedang pesat membangun itu untuk sentiasa memperkema­s mekanisme dasar masing-masing dalam usaha menangani pelbagai risiko serta memastikan pelaksanaa­n lebih fleksibel.

“Apa yang jelas, ketidakten­tuan aliran modal itu memberi cabaran kepada penggubal dasar ekonomi sedang pesat membangun bagi melindungi kewangan dan kestabilan makroekono­mi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia