Harian Metro

UOB pengeluar kad kredit kedua terbesar

-

Lumpur: United Overseas Bank (M) Bhd (UOB Bank) mencatatka­n peningkata­n dalam segmen kad kredit dan muncul sebagai penyumbang utama kepada perniagaan keseluruha­n UOB sebanyak 30 peratus.

Ia kini menjadi pengeluar kedua terbesar pasaran kad kredit di Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perkhidmat­an Kewangan Peribadi UOB Bank Ronnie Lim berkata, pelbagai inisiatif dan produk baru berkaitan kad kredit dilancarka­n pihaknya bagi memenuhi dan memberi nilai tambah kepada pelanggan.

“Ketika ini kita ada satu juta kad kredit dikeluarka­n. Bagi segmen pelanggan mewah pula, perbelanja­an berkaitan pengembara­an meningkat 35 peratus.

“Pada 2018, pemegang kad kredit mewah membelanja­kan RM205 juta untuk produk dan perkhidmat­an berkaitan pengembara­an, meningkat 23 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Justeru, UOB memperkena­lkan khusus untuk golongan mewah dengan pelbagai ganjaran. Tawaran ini disediakan kepada pelanggan atas dasar jemputan saja,” katanya selepas melancarka­n Kad

di sini, semalam.

Hadir sama Pengurus Negara Visa untuk Malaysia, Ng Kong Boon.

adalah kad kredit disasarkan untuk pengguna segmen mewah yang terpilih.

Lim berkata, pengguna kad kredit mewah di Malaysia mencatatka­n peningkata­n 20 peratus tahun ke tahun.

Menurutnya, ekonomi global dan Malaysia dijangka menyaksika­n petanda positif pada akhir Februari dan awal Mac apabila perkembang­an berlaku di seluruh dunia terutama hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China menjadi lebih jelas.

UOB Bank menjangkak­an Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan kekal berkembang sederhana pada tahun ini.

 ??  ?? UOB memperkena­lkan kad Infinite Metal UOB untuk pelanggan mewah, semalam.
UOB memperkena­lkan kad Infinite Metal UOB untuk pelanggan mewah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia