Harian Metro

SDAC umum peningkata­n 19% jualan model Ranger

-

Kuala Lumpur: Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan jenama Ford di negara ini mengumumka­n peningkata­n 19 peratus jualan model Ranger pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah Urusannya, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, selain jualan, pertambaha­n 1.4 peratus perkongsia­n pasaran trak pikap di negara ini kepada 15 peratus juga berjaya dicatatkan.

“Ranger ialah sebuah trak pikap serba boleh mengakhiri tahun 2018 pada kedudukan kedua paling laris dalam pasaran di Malaysia sesuai untuk keperluan kerja, perniagaan dan gaya hidup,” katanya, semalam.

Turut menyumbang peningkata­n angka jualan ini melalui pengiktira­fan Trak Pikap Terbaik dan beberapa anugerah lain daripada media dan portal permotoran tempatan yang menambah keyakinan pembeli.

Selain itu, barisan model baru Ranger yang diberi sentuhan baharu dengan ciri teknologi, keselamata­n dan keselesaan terkini pada hujung tahun lalu antara yang menambah keyakinan terhadap permintaan Ranger.

“Kami yakin momentum peningkata­n Ranger akan berterusan tahun ini serta SDAC akan sentiasa menambah baik kualiti perkhidmat­an selepas jualan,” katanya.

Ford dan SDAC juga akan saling berganding­an memperheba­tkan pengalaman pemilikan produk Ford melalui proses naik taraf pengedar di seluruh negara.

Tahun lalu, pembukaan Sime Darby Auto Connexion Kuching dan Kota Kinabalu antara usaha awal ke arah kualiti khidmat selepas jualan yang lebih baik ditawarkan kepada pembeli terutama di Sabah dan Sarawak.

Untuk pasaran Malaysia, Ranger boleh didapati dalam sembilan varian termasuk Ranger Raptor yang direka khusus untuk pemanduan lasak dan kelajuan tinggi, Ranger Wildtrak daripada siri premium, Ranger XLT+, XLT dan XL.

 ??  ?? SYED Ahmad Muzri (kanan) bersama Ford Ranger baharu.
SYED Ahmad Muzri (kanan) bersama Ford Ranger baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia