Harian Metro

Tawaran nilai tambah sempena sambutan Tahun Baru Cina

- Nabil Basaruddin cnews@nstp.com.my

Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang, Naza Automotive Group menyediaka­n pelbagai tawaran nilai tambah yang menarik bagi pelanggan kereta dan motosikaln­ya.

Syarikat itu dalam kenyataan berkata, mulai sekarang hingga 5 Februari, pengunjung Naza Automall di Petaling Jaya berpeluang untuk memutar ‘Roda Ganjaran Makmur’ dengan setiap pembelian kenderaan dan berpeluang memenangi bonus pemilikan eksklusif untuk pengalaman memandu yang dipertingk­atkan.

“Pelbagai hadiah disediakan termasuk kamera papan pemuka, pemain DVD/CD 10 inci, baucar petrol, salutan perlindung­an cat seramik dan hadiah misteri,” katanya.

Produk terbaharu Nestle Malaysia, wafer bersalut coklat serba baharu yang dikenali sebagai KITKAT Ruby boleh didapati secara dalam talian di beberapa platform e-dagang pada minggu ini.

KITKAT Ruby adalah wafer jejari yang disaluti dengan coklat Ruby dengan warna merah jambu semula jadi dan ia adalah produk pertama seumpama itu di rantau Asia Tenggara.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Konfeksi (Pasaran Asean) Nestle Malaysia, Sachin Goel berkata, selain secara dalam talian, varian coklat terbaharu jenama itu juga didapati secara eksklusif di gedung KITKAT Chocolator­y yang terletak di tingkat satu Mid Valley.

“Buat masa ini orang ramai boleh membuat pesanan dalam talian di Lazada, Shopee dan 11street, seterusnya pada minggu ini juga KITKAT Ruby boleh didapati di beberapa platform e-dagang utama yang lain.

“Bagi pasaran secara runcit, kami tidak melihat untuk melaksanak­annya lagi kerana mahu memperkuku­h produk ini dahulu.

“Sekiranya orang ramai berminat untuk mencuba produk serba inovatif KITKAT Ruby mereka boleh terus berkunjung ke gedung KITKAT Chocolator­y,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran produk berkenaan dan KITKAT Chocolator­y di

 ??  ?? GOEL (tengah) ditemani Chef Andy Van den Broeck (kiri) dan Pengurus Inovasi & Pengubahsu­aian untuk Unit Perniagaan Biskut Nestle Malaysia, Cheah Keng Kee pada pelancaran coklat Kitkat Ruby.
GOEL (tengah) ditemani Chef Andy Van den Broeck (kiri) dan Pengurus Inovasi & Pengubahsu­aian untuk Unit Perniagaan Biskut Nestle Malaysia, Cheah Keng Kee pada pelancaran coklat Kitkat Ruby.
 ??  ?? NAZA Automall di Petaling Jaya.
NAZA Automall di Petaling Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia