Harian Metro

TIKAM SUAMI SEBANYAK 35 KALI

- Agensi

Gara-gara berang masakannya dikritik kurang garam oleh suami, seorang wanita sanggup membunuh lelaki itu dengan menikamnya sekurang-kurangnya 35 kali.

Pasangan itu bertengkar selepas Slava Davydkin, 43, mengkritik masakan isterinya, Evgenia, 31, hambar kerana tidak meletakkan garam secukupnya ketika menghidang­kan makanan kepada tetamu yang datang ke rumah mereka di daerah Penza, Russia.

Daily Mail memetik Jawatankua­sa Penyiasata­n Russia berkata, pasangan itu bertekak disebabkan masakan hambar Evgenia yang dituduh Davydkin sebagai tanda wanita itu tidak menyayangi­nya.

“Pergaduhan itu semakin besar selepas tetamu mereka masuk tidur, apabila Evgenia diprovokas­i suaminya berulang kali termasuk dipukul.

“Akibatnya Evgenia hilang sabar lalu menikam suaminya ketika tidur menggunaka­n pisau memancing mangsa sebanyak 35 kali.

“Dia kemudian menggerakk­an tetamu lelaki mereka dan memintanya menghubung­i ambulans,” katanya.

Pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian

 Wanita tidak tahan asyik disindir masakan tak cukup garam bertindak nekad

mengesahka­n lelaki itu mati di tempat kejadian.

Kejadian disaksikan anak pasangan itu yang baru berusia empat tahun.

Sementara itu, Evgenia cuma menjalani penahanan di rumah dalam keputusan dikritik penduduk tempatan yang menganggap pembunuh tidak patut dibiarkan bersama anaknya dalam keadaan itu.

Laporan tidak menyatakan hidangan yang dimasak Evgenia.

 ??  ?? EVGENIA dan suaminya. - Daily Mail EVGENIA menikam suaminya di depan anak mereka yang berusia empat tahun. - Daily Mail
EVGENIA dan suaminya. - Daily Mail EVGENIA menikam suaminya di depan anak mereka yang berusia empat tahun. - Daily Mail
 ??  ?? PISAU digunakan untuk membunuh mangsa. - Daily Mail
PISAU digunakan untuk membunuh mangsa. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia