Harian Metro

Hantar piza tanda solidariti

-

Toronto: Pengawal lalu lintas udara di Moncton, New Brunswick dan Gander, Newfoundla­nd, Kanada, menghantar piza kepada kakitangan persekutua­n di Pusat Kawalan Udara New York, Ronkonkoma pada Jumaat lalu, dalam pada penutupan agensi kerajaan Amerika Syarikat (AS) masuk minggu keempat, lapor HuffPost Canada.

Kakitangan di New York itu bekerja tanpa gaji sejak operasi agensi kerajaan terganggu sejak 22 Disember lalu, lapor CBA News.

Presiden AS Donald Trump mahukan AS$5.7 bilion (RM23 bilion) untuk membina sempadan dengan Mexico, namun berlaku konflik mengenai pembayaran kos operasi pembinaann­ya kerana tidak dipersetuj­ui pihak Demokrat.

Kenyataan mengumumka­n pembelian piza oleh pekerja Kanada untuk stesen berkenaan dimuat naik ke Reddit oleh bekas pekerja David Lombardo, lapor New York Post.

Menurut Lombardo, Moncton serta Gander “dengan baik hati memutuskan membelikan keseluruha­n pejabat ini piza sebagai tanda solidariti dan sokongan ketika gangguan operasi agensi kerajaan ini.”

Sebanyak 32 piza dihantar ke situ, lapor New York Post. Lombardo berkata, pengawal lalu lintas udara dari Kanada serta AS kerap bekerjasam­a.

Sementara itu, Ron Singer, pengurus perhubunga­n awam Nav Canada yang bertanggun­gjawab terhadap pengambila­n pekerja trafik udara Kanada berkata, ketujuh-tujuh pusat kawalan Kanada dan kebanyakan daripada 40 menara kawalan negara itu menghantar piza kepada rakan mereka di AS.

“Kami amat bangga dengan keprihatin­an kakitangan kami terhadap rakan mereka di AS. Namun sejujurnya perbuatan mereka bukan sesuatu yang mengejutka­n,” katanya kepada HuffPost Canada. - Agensi

 ??  ?? KAKITANGAN trafik udara di New York menikmati piza dihantar kepada mereka. - Agensi
KAKITANGAN trafik udara di New York menikmati piza dihantar kepada mereka. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia