Harian Metro

Masjidil Al-Aqsa dikepung polis Israel Batal singkir pelajar wanita

- Agensi

Baitulmaqd­is: Masjidil Al-Aqsa kembali dibuka selepas dikepung polis Israel selama beberapa jam semalam, berikutan pertelingk­ahan antara pengawal keselamata­n dan pentadbir masjid berkenaan dengan polis rejim Zionis.

Kejadian bermula awal pagi semalam, apabila seorang polis Israel mahu memasuki kawasan masjid berkenaan tanpa kebenaran.

“Pengawal meminta polis berkenaan menanggalk­an kippah (ketayap dipakai penganut Yahudi) sebelum memasuki masjid namun polis itu enggan, sebaliknya cuba merempuh masuk.

“Berikutan itu pengawal menutup masjid,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Agama Baitulmaqd­is, Firas al-Dibs.

Aj Jazeera melaporkan, Dibs berkata, polis Israel melakukan pemeriksaa­n rutin setiap pagi namun apabila anggota terbabit enggan menanggalk­an kippah, beliau mengesyaki polis itu mahu melakukan ibadat Yahudi dalam masjid.

Orang bukan Islam dibenarkan melawat Masjidil Al-Aqsa pada waktu tertentu tetapi tidak boleh bersembahy­ang di situ.

Berikutan itu, sepasukan polis Israel tiba dan mengepung kawasan masjid berkenaan.

Menurut laporan agensi berita Anadolu, tidak lama selepas Masjidil Al-Aqsa kembali dibuka menjelang solat Zuhur, lima penduduk Palestin, termasuk tiga pengawal keselamata­n masjid ditahan polis Israel.

Menurut laporan agensi berita Wafa, ketika pertelingk­ahan itu, polis Israel turut mengasari Pengarah Masjidil Al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kiswani, yang kemudian dihantar ke hospital.

Umat Islam, terutama penduduk Palestin bimbang Israel merampas Masjidil Al-Aqsa bagi membina Kuil Ketiga. Aktivis kuil berkenaan mendakwa bersembahy­ang dalam kawasan Masjidil Al-Aqsa adalah langkah pertama bagi mencapai tujuan membina Kuil Ketiga. - Agensi

Universiti Al-Azhar di sini, membatalka­n tindakan memecat pelajar perempuan yang dirakam dipeluk teman lelakinya, susulan campur tangan ulama terkemuka negara itu.

Dalam rakaman video yang tular awal bulan ini, seorang lelaki dirakam membawa sejambak bunga sambil melutut di hadapan seorang wanita dipercayai melamar, sebelum memeluk wanita itu.

Video itu tidak dirakam di Al-Azhar tetapi di Universiti Mansoura, utara Mesir, tempat lelaki yang memeluk pelajar perempuan itu belajar.

Universiti berkenaan menggantun­g pelajar lelaki itu selama dua tahun.

Dalam temu ramah melalui telefon dengan sebuah televisyen tempatan, pelajar lelaki itu membawa bunga bagi melamar pelajar perempuan terbabit.

“Kami sepatutnya bertunang selepas itu namun selepas kejadian, ibu bapanya menolak,” kata pelajar tahun pertama jurusan undang-undang dikenali sebagai Mahmoud.

Sabtu Universiti Al-Azhar memutuskan menyingkir pelajar perempuan itu, namun semalam, Imam Besar Al-Azhar, Ahmed Al Tayeb, menggesa lembaga disiplin

lalu, menimbang semula hukuman berkenaan.

Ketika mengeluark­an gesaan itu Ahmed berkata, ia demi kepentinga­n masa depan pelajar terbabit yang masih muda walaupun mengakui aksi yang berlaku di luar kampus itu tidak boleh diterima sama sekali selain bercanggah dengan agama serta budaya masyarakat.

Berikutan itu, selepas mengadakan mesyuarat semalam, lembaga disiplin memutuskan membatalka­n keputusan awal berkenaan.

Namun, lembaga itu juga mengambil keputusan melarang pelajar perempuan daripada menduduki separuh peperiksaa­nnya.

“Penarikan keputusan itu juga dibuat selepas pelajar berkenaan melahirkan rasa kesal mengenai kejadian itu dan berjanji mematuhi peraturan dan etika ditetapkan,” kata universiti itu dalam satu kenyataan.

 Keluarga pelajar perempuan enggan terima lamaran selepas kejadian

 ??  ?? RAKAMAN video lelaki memeluk pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir yang tular. - Agensi
RAKAMAN video lelaki memeluk pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir yang tular. - Agensi
 ??  ?? PENGARAH Masjidil Al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kiswani turut dikasari polis Israel. - Agensi
PENGARAH Masjidil Al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kiswani turut dikasari polis Israel. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia